Wednesday, July 8, 2015

syukur atas rahmatNya

Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih bernafas hari ini. Kelahiran Idris sangat melegakan. Debaran menanti sehingga minggu ke40 1 hari , Idris selamat dilahirkan di Hospital Banting pada 3/7/2015 jam 12.31 tghri. Tempoh paling singkat berada di labor room.Sehari sebelumnya iaitu pada tarikh due date sebenar asyik ke tandas buang air, sampai tak tertahan kalau boleh nak berlari ke tandas. Walau hati berharap ia adalah tanda bersalin tapi masih takut kecewa lagi. Sama seperti keadaan asyik muntah, ingatkan tanda nak bersalin, tunggu2 tak jugak. contraction braxton hicks , false alarm da selalu sgt rasa smpai malas dah nak layan. cuma pukul 4 pagi masa masak untuk sahur tu rasa macam dah tak boleh nak duduk dan berdiri dengan selesa dah. makan kurma dan minum air untuk alas perut je. tak lalu nak makan. bagitau hubby kalau sampai subuh sakit lagi memang kena pergi hospital. doa juga supaya sempat solat subuh dan bersalin sebelum zuhur supaya tiada solat fardu yang terpaksa ditinggalkan seperti kelahiran sebelum ni. lepas subuh memang tak boleh duduk diam, sakit makin kuat. gagahkan juga sidai kain dan basuh pinggan. pukul 7pagi hantar anak ke sekolah. balik tu rasa ngantuk sangat, lena dalam 10 minit dalam kereta. bangun2 rasa nak gi tandas. bila periksa tengok dah ada show.. ok, proceed... terus telefon mak, kejutkan hubby, ambil barang ilyas dan hantar ke rumah pengasuh. terpaksa juga tumpangkan ilyas di rumah kak siti walaupun hari jumaat tu kami suami isteri sebenarnya cuti (cuti tambahan nuzul quran). tapi sebab dah maklumkan pada kak siti awal2 kalau nak ke hospital memang hajat tumpangkan ilyas. anak2 yang lain ke sekolah macam biasa. dalam perjalanan wasap kwn2 minta mereka doakan. contraction makin kerap dan kuat smpai tangan asyik pegang hand brake dan dudukpun dah senget2. alhamdulillah sampai hospital jam 8pg lebih kurang, selesai urusan daftar, cek ve,ctg dan urin, nurse suruh admit wad terus. dan syukur juga dr yang bertugas waktu tu dr alvin yg jumpa masa appnmnt combine clinic beberapa hari sblm tu. dr lelaki sorang lagi yang cek masa admit minta tempatkan di katil depan betul2 sebelah kaunter supaya senang nk observe. isunya sebab contraction 4/10 dan dah anak ke5. jadi dia jangkakan bersalin dlm tempoh singkat.minta hubby balik sebab tak sampai hati biar dia tunggu. kalau balik boleh juga dia siapkan keja apa2 yang patut.huhu, en hubby memang xleh berenggang dengan gajet esp laptop.habit dia tu juga yang buat makan hati masa mula2 kawin. asyik dengan komputer, kalau ajak jalan asyik2 ke low yatt. sambil duduk di katil cuba juga tenangkan diri, baca surah maryam, jalan2 keliling katil, ulang alik ke tandas, berwasap dgn kawan2 minta mereka doa. jam 11 nasi utk makan tghri smpai, berkira kira nak puasa lagi ke tak walaupun macam confident dah nak bersalin. pikir2 sudahnya makan juga separuh sebab takut xde tenaga dalam labor room nnt. dr alvin lalu "ha.. makan makan" .... alamak, malu pulak ... beberapa minit lagi pukul 12 nurse panggil, "boleh tahan lagi ke? jomla masuk labor room. xyah tunggu 12.30" ... dah memang xlarat ni, turutkan je la.. masuk je, nurse cek dah 5cm, dr perempuan 2 org dtg pecahkan ketuban dan jerit "woww!!" dalam hati dah kenapa dr ni? dr cakap "dah hijau, baby dah berak ni, kene cepat.. ok teran bagi kepala dia turun" macam pelikla pulak nk teran tapi turutkan je lah... teran sekali dua dr kata ok.. masuk pulak nurse, "meh saya tolong bagi cepat bersain" Ya Allah masa tu pikir dah kenapa ni semua jadi kalut nak cepat.. sorang lagi nurse pulak mcm nak marah sebab kelam kabut nk bg antibiotik... peliknya dah tau ada gbs nape dah nak bersalin baru nak bagi.. dalam masa beberapa minit dan drama nak lahirkan idris bersama sokongan dan bebelan nurse2 sebab jantung baby dah slow... alhamdulillah 12.31 selamat semuanya.. tak sempat tengok jantina babypun diorg dah bawa ke bilik sebelah untuk sedut sebab idris dan tertelan air ketuban dan bagi bantuan pernafasan. sedihnya sejak bersalin, xdapat pegang idris sebab terus dihantar ke wad 4. masa cium pipi dia terasa panas. pukul 3 lebih baru nurse tolak guna wheel chair balik ke wad, tanpa baby di pangkuan dan tanpa baby utk disusukan... memang sedih sangat... janji boleh tengok petang nant dengan en hubby tapi nurse xbagi takut pitam... kata nak bawa malam xjuga... jadi malam tu hanya tengokkan ibu2 lain menyusu baby dan tukar pampers.. tidur dengan peluk bantal baby sambil bayangkan peluk dia... sakit merengat jangan katalah... cuba juga bertahan tanpa bantuan pil panadol.. ok kita sambung episod esoknya 4/7/2015 next entri ok....

Monday, June 22, 2015

menunggu masa.........

edd 2/7 khamis minggu depan. check up terakhir dengan pakar o&g hospital banting bgtau kene warded pada 1/7. sebab apa? hmm, tu yang xbest. dr x bgtau pun. xleh la gitu. patient ada hak utk tahu rawatan lanjut yang dr plan betul tak? lagi2 ni cerita ttg bersalin. at least bolehla mentally prepared. esok rutin check di klinik kesihatan bandar nk tanya misi betul2, kenapa kene warded awal dan apa laporan yang dr tulis dalam buku merah tu. kita memang xpaham bahasa perubatan. walaupun mula2 dulu berharap bersalin awal dari due date tapi skrg dah nak masuk 39 mggu, rasanya macam pasrah je. bagusnya ialah GBS xeffect baby. sebab kalau effect mgkin dah bersalin awal.cuma badan dah makin berat dan baju banyak dah xmuat. nak minta en hubby belikan baju pun xsampai hati. tinggal 2 mggu je lagi. makanya setiap hari ke sekolah pakai baju yang hampir sama..ada lah dalam 3 pasang je lagi yang mmg longgar sikit. baju lain semua dah sendat.. hish, teruk betul, kene kurus balik lps bersalin ni. sejak 2 hari ni simptom hipertiroid dah nmpk ada balik. tadi bgtau en hubby esok nak berehat xnak masak hidangan buka puasa. dah dua hari ni masuk dapur sampai menitik nitik peluh. rasa macam nak demampun ada. sesekali jantung laju. setiap malam susah nak tidur. tapi xboleh dilayankan sangat. pagi esok kene bangun awal siapkan sahur. baru nk masuk hari ke6 puasa dah jadi xtau nak masak apa. en hubby dan anak2 xmakan lauk sgt. lagi2 seafood. jadi menunya hanya ikan kembung dan ayam. nak beli daging en hubby xbagi sebab xpandai potong nnt liat. seronok kan kalau pandai masak. suamipun makin sayang. huhu.... apa nak jadi ngan ema ni.. bila ntah nak jadi pandai masak... cuti pantang insyaAllah 3 bulan.. ha, duduklah rumah puas2.

Sunday, June 21, 2015

bakal bertujuh

Hari ni tanggal 4 Ramadhan 1435H bersamaan 21 Jun 2015. Beberapa hari lagi bakal menggendong seorang lagi anak. Moga Allah mudahkan.dikesan meghidapi hipertiroid menyebabkan aku risau bagaimana bersalin nanti. Dr di Klinik dan hospital kerajaan kadangkala tidak memberi penerangan yang jelas.

Monday, May 13, 2013

tarikh hari ini ialah 13 Mei 2013. apa yang telah berlaku dlm setahun ini? hmmm.. now sedang preggy about 23 weeks, aisyah 5 thn di PASTI As-Salam Kg Bandar, baru tadi register dia utk drjh 1 thn 2015, khadijah afifah sedang dlm drjh 1, sgt cepat catch up dalam pelajaran, muhammad al amin sedang drjh 3, still strugling mengapal sifir, satu kemahiran yg kami terlepas pandang untuk train dia sampai dia kene denda ketuk ketampi di sekolah gara2 hapal sifir 8.. hubby sedang bertenet seperti selalu, sambil menggodek dan membina website tempahan pelanggan, sambil2 tu dia nonton movie juga.. diriku sekarang ni adalah guru tasmik 4 nafi' di mana anak didikku banin belaka dan hubby 4 ibnu kathir banat semuanya... kelakar pulak, tapi itulah hakikatnya.. semalam baru je celebrate hari ibu dan ayah skali utk mak dan abah... hasil idea along. alhamdulillah walaupun tak semua dapat join tapi seronok dapat berkumpul. abg azman suruh aku blajaq lagi... ghoyak ke hubby memang la tgh plan tapi xjumpa lagi kursus yang bersesuaian, lagu mana nak apply... pesta buku yang lepas, anak murid bg banyak buku. tak sangka diorang betul2 belikan. syakrin, luqman sabri, huzaifah, iman dan firdaus. tak lupa jugak aqil dan harith. siap tanya ustazah da baca buku tu? hihi, malunya sebab masih tak berkesempatan nak mengadap... bukak tu dah la tapi mood nk duduk baca dan konsentrasi sepenuhnya tu belum boleh lagi.. tak tahu la bila.. skrg musim periksa byk jgk kejenya.. tadi dan esok settle semua paper, lepas tu kene la mula menanda secepat mungkin. kalau boleh jgn sampai lajak ke cuti nnt... ok for now.. got to go, sat lagi maghrib

Tuesday, May 22, 2012

Minggu ni rasanya lelah sangat... fizikal dan mental... seharian bekerja... beban keje yg xpernah abis... balik umah barang bersepah, nak angkat kain, buat minum petang, lepas maghrib hidang makan malam, semua untuk dunia... untuk akhirat...???? tuntutan untuk menjadi isteri solehah rasanya terlalu berat bila diri dituntut untuk melakukan semua perkara... macam mana nak jadi wanita sempurna? lemah lembut, cantik, pandai masak, pandai kemas umah, pandai jahit,pandai cari duit, bijak, berdikari, ibu mithali.....kdg2 rasa nak jd invisible... boleh tak?

Tuesday, May 1, 2012

Rindunyer....

Rindunya berkejar bgn pagi dan bersiap gi kelas... rindunya pilih parking yg paling dekat ngan kelas...rindunya jln cepat2 dgn harapan lecturer lum masuk kelas... rindunya dengar syarahan lecturer.. rindunya jumpa kwn2 dan kongsi cerita... rindunya pakat2 nak makan kat mana dan naik kete sape... RINDU SERINDU-RINDUNYA... life as a student... Praktikum tamat pada 27 April 2012... ustaz mazlail student TASL muncul guru pelatih terbaik daerah Kuala Langat.. bangga jgk sebab rakan sekelas.. and he deserves it.. arab dia mmg power sbb lepasan pondok dan orgnya memang tawadhuk.. Tadi hubby bg cadangan suh smbg degree bidang TESL... aku jadik tergamam... ok je tapi mempelajari bhs Arab membuatkan aku lebih rasa dekat ngan Quran... xtau la... tgh survey jgk peluang study walaupun rasa mcm "apa ke he..nyer" aku ada diploma Tahfiz dan diploma TASL smbg pulak degree TESL... boleh ke tak boleh?...klu ckp ngan hubby mesti dia jwb..."apsal takleh pulak?"... membuatkan aku terdiam lagi...

Friday, March 30, 2012

HAMPIR SETAHUN RUPANYA.....

Hampir setahun rupanya tak menulis dalam blog nih... Kesibukan yang menyebabkan aku sendiri tak tau cerita menarik di tv bila kawan cerita sesama mereka, kesibukan yang menyebabkan aku tak tau cerita kenaikan gaji yang dipaparkan di tv dan suratkhabar, kesibukan yang menyebabkan aku tak sedar anak-anak dah semakin besar dan macam-macam kerenah...hahaha..xtau la samada sibuk atau aku sememangnya tak ambil peduli semua tu..

tempoh praktikumku dah hampir tamat...4 weeks to go... alhamdulillah kami berjaya mengharunginya... kasihan pada kawan2 yg ketinggalan, macam-macam perkara yang kita tak jangka... kesilapan kecil boleh mengubah hidup kita...

semalam bincang ngan hubby, setiap kali mula drive pagi sabtu untuk ke kuliah terasa diri diberkati bila mengenangkan malaikat mendoakan mereka yang menuntut ilmu... sambil mendengar tazkirah daripada prof muhaya dan ramai lagi di radio ikim...yang penting niat kene ikhlas... setiap sen dan minit yang digunakan untuk belajar itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya... kepada kwn2 yang sedang atau berhasrat menyambung pengajian, dinasihatkan agar manfaatkan peluang itu sebaiknya..banyakkan bertanya dengan pensyarah bila tak faham, aku sendiri walaupun mendapat keputusan peperiksaan agak memuaskan tapi masih banyak perkara yang tidak ku lakukan sebaiknya... masih banyak persoalan walaupun dah tamat sesi pengajian... aku sedar yang aku masih perlu meneruskan usaha untuk menuntut ilmu... kerana makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..

hidup ini bagaikan harus memilih persimpangan mana untuk dilalui setiap kali timbul konflik,...apa yang harus diperkatakan, apa keputusan terbaik, siapa yang harus terlibat, apa kesannya...everything is (??????)..

tabiat suka bertanya ni agaknya menurun kepada anak2... sampai kdg2 tak terjawab soalan diorang..kami akan berpandangan sesama sendiri bila muhammad mula bersuara.. mak abah, muhammad ada satu soalan ....(waaa)...satu perkara lagi yang ku sedari bila aisyah yang berumur 4 tahun selalu bertanya... mak ni warna apa? mak nak makan apa? mak balik pukul berapa? mak masak apa? siapa nak ambik kitorang balik sekolah nanti? kita nak pergi mana? bila kita nak balik kg? yg paling best bila kami mula menitikberatkan makanan berlogo halal kepada anak-anak..dan satu hari kami merancang makan di luar, khadijah langsung memberi cadangan makan di kfc, kami menyanggah kerana mahu makan nasi di restoran biasa... dan soalan killer dia ialah.... KEDAI YANG KITA NAK MAKAN TU ADA TANDA HALAL MCM KFC KE?.....