Wednesday, July 8, 2015

syukur atas rahmatNya

Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih bernafas hari ini. Kelahiran Idris sangat melegakan. Debaran menanti sehingga minggu ke40 1 hari , Idris selamat dilahirkan di Hospital Banting pada 3/7/2015 jam 12.31 tghri. Tempoh paling singkat berada di labor room.Sehari sebelumnya iaitu pada tarikh due date sebenar asyik ke tandas buang air, sampai tak tertahan kalau boleh nak berlari ke tandas. Walau hati berharap ia adalah tanda bersalin tapi masih takut kecewa lagi. Sama seperti keadaan asyik muntah, ingatkan tanda nak bersalin, tunggu2 tak jugak. contraction braxton hicks , false alarm da selalu sgt rasa smpai malas dah nak layan. cuma pukul 4 pagi masa masak untuk sahur tu rasa macam dah tak boleh nak duduk dan berdiri dengan selesa dah. makan kurma dan minum air untuk alas perut je. tak lalu nak makan. bagitau hubby kalau sampai subuh sakit lagi memang kena pergi hospital. doa juga supaya sempat solat subuh dan bersalin sebelum zuhur supaya tiada solat fardu yang terpaksa ditinggalkan seperti kelahiran sebelum ni. lepas subuh memang tak boleh duduk diam, sakit makin kuat. gagahkan juga sidai kain dan basuh pinggan. pukul 7pagi hantar anak ke sekolah. balik tu rasa ngantuk sangat, lena dalam 10 minit dalam kereta. bangun2 rasa nak gi tandas. bila periksa tengok dah ada show.. ok, proceed... terus telefon mak, kejutkan hubby, ambil barang ilyas dan hantar ke rumah pengasuh. terpaksa juga tumpangkan ilyas di rumah kak siti walaupun hari jumaat tu kami suami isteri sebenarnya cuti (cuti tambahan nuzul quran). tapi sebab dah maklumkan pada kak siti awal2 kalau nak ke hospital memang hajat tumpangkan ilyas. anak2 yang lain ke sekolah macam biasa. dalam perjalanan wasap kwn2 minta mereka doakan. contraction makin kerap dan kuat smpai tangan asyik pegang hand brake dan dudukpun dah senget2. alhamdulillah sampai hospital jam 8pg lebih kurang, selesai urusan daftar, cek ve,ctg dan urin, nurse suruh admit wad terus. dan syukur juga dr yang bertugas waktu tu dr alvin yg jumpa masa appnmnt combine clinic beberapa hari sblm tu. dr lelaki sorang lagi yang cek masa admit minta tempatkan di katil depan betul2 sebelah kaunter supaya senang nk observe. isunya sebab contraction 4/10 dan dah anak ke5. jadi dia jangkakan bersalin dlm tempoh singkat.minta hubby balik sebab tak sampai hati biar dia tunggu. kalau balik boleh juga dia siapkan keja apa2 yang patut.huhu, en hubby memang xleh berenggang dengan gajet esp laptop.habit dia tu juga yang buat makan hati masa mula2 kawin. asyik dengan komputer, kalau ajak jalan asyik2 ke low yatt. sambil duduk di katil cuba juga tenangkan diri, baca surah maryam, jalan2 keliling katil, ulang alik ke tandas, berwasap dgn kawan2 minta mereka doa. jam 11 nasi utk makan tghri smpai, berkira kira nak puasa lagi ke tak walaupun macam confident dah nak bersalin. pikir2 sudahnya makan juga separuh sebab takut xde tenaga dalam labor room nnt. dr alvin lalu "ha.. makan makan" .... alamak, malu pulak ... beberapa minit lagi pukul 12 nurse panggil, "boleh tahan lagi ke? jomla masuk labor room. xyah tunggu 12.30" ... dah memang xlarat ni, turutkan je la.. masuk je, nurse cek dah 5cm, dr perempuan 2 org dtg pecahkan ketuban dan jerit "woww!!" dalam hati dah kenapa dr ni? dr cakap "dah hijau, baby dah berak ni, kene cepat.. ok teran bagi kepala dia turun" macam pelikla pulak nk teran tapi turutkan je lah... teran sekali dua dr kata ok.. masuk pulak nurse, "meh saya tolong bagi cepat bersain" Ya Allah masa tu pikir dah kenapa ni semua jadi kalut nak cepat.. sorang lagi nurse pulak mcm nak marah sebab kelam kabut nk bg antibiotik... peliknya dah tau ada gbs nape dah nak bersalin baru nak bagi.. dalam masa beberapa minit dan drama nak lahirkan idris bersama sokongan dan bebelan nurse2 sebab jantung baby dah slow... alhamdulillah 12.31 selamat semuanya.. tak sempat tengok jantina babypun diorg dah bawa ke bilik sebelah untuk sedut sebab idris dan tertelan air ketuban dan bagi bantuan pernafasan. sedihnya sejak bersalin, xdapat pegang idris sebab terus dihantar ke wad 4. masa cium pipi dia terasa panas. pukul 3 lebih baru nurse tolak guna wheel chair balik ke wad, tanpa baby di pangkuan dan tanpa baby utk disusukan... memang sedih sangat... janji boleh tengok petang nant dengan en hubby tapi nurse xbagi takut pitam... kata nak bawa malam xjuga... jadi malam tu hanya tengokkan ibu2 lain menyusu baby dan tukar pampers.. tidur dengan peluk bantal baby sambil bayangkan peluk dia... sakit merengat jangan katalah... cuba juga bertahan tanpa bantuan pil panadol.. ok kita sambung episod esoknya 4/7/2015 next entri ok....

Monday, June 22, 2015

menunggu masa.........

edd 2/7 khamis minggu depan. check up terakhir dengan pakar o&g hospital banting bgtau kene warded pada 1/7. sebab apa? hmm, tu yang xbest. dr x bgtau pun. xleh la gitu. patient ada hak utk tahu rawatan lanjut yang dr plan betul tak? lagi2 ni cerita ttg bersalin. at least bolehla mentally prepared. esok rutin check di klinik kesihatan bandar nk tanya misi betul2, kenapa kene warded awal dan apa laporan yang dr tulis dalam buku merah tu. kita memang xpaham bahasa perubatan. walaupun mula2 dulu berharap bersalin awal dari due date tapi skrg dah nak masuk 39 mggu, rasanya macam pasrah je. bagusnya ialah GBS xeffect baby. sebab kalau effect mgkin dah bersalin awal.cuma badan dah makin berat dan baju banyak dah xmuat. nak minta en hubby belikan baju pun xsampai hati. tinggal 2 mggu je lagi. makanya setiap hari ke sekolah pakai baju yang hampir sama..ada lah dalam 3 pasang je lagi yang mmg longgar sikit. baju lain semua dah sendat.. hish, teruk betul, kene kurus balik lps bersalin ni. sejak 2 hari ni simptom hipertiroid dah nmpk ada balik. tadi bgtau en hubby esok nak berehat xnak masak hidangan buka puasa. dah dua hari ni masuk dapur sampai menitik nitik peluh. rasa macam nak demampun ada. sesekali jantung laju. setiap malam susah nak tidur. tapi xboleh dilayankan sangat. pagi esok kene bangun awal siapkan sahur. baru nk masuk hari ke6 puasa dah jadi xtau nak masak apa. en hubby dan anak2 xmakan lauk sgt. lagi2 seafood. jadi menunya hanya ikan kembung dan ayam. nak beli daging en hubby xbagi sebab xpandai potong nnt liat. seronok kan kalau pandai masak. suamipun makin sayang. huhu.... apa nak jadi ngan ema ni.. bila ntah nak jadi pandai masak... cuti pantang insyaAllah 3 bulan.. ha, duduklah rumah puas2.

Sunday, June 21, 2015

bakal bertujuh

Hari ni tanggal 4 Ramadhan 1435H bersamaan 21 Jun 2015. Beberapa hari lagi bakal menggendong seorang lagi anak. Moga Allah mudahkan.dikesan meghidapi hipertiroid menyebabkan aku risau bagaimana bersalin nanti. Dr di Klinik dan hospital kerajaan kadangkala tidak memberi penerangan yang jelas.