Tuesday, May 22, 2012

Minggu ni rasanya lelah sangat... fizikal dan mental... seharian bekerja... beban keje yg xpernah abis... balik umah barang bersepah, nak angkat kain, buat minum petang, lepas maghrib hidang makan malam, semua untuk dunia... untuk akhirat...???? tuntutan untuk menjadi isteri solehah rasanya terlalu berat bila diri dituntut untuk melakukan semua perkara... macam mana nak jadi wanita sempurna? lemah lembut, cantik, pandai masak, pandai kemas umah, pandai jahit,pandai cari duit, bijak, berdikari, ibu mithali.....kdg2 rasa nak jd invisible... boleh tak?

Tuesday, May 1, 2012

Rindunyer....

Rindunya berkejar bgn pagi dan bersiap gi kelas... rindunya pilih parking yg paling dekat ngan kelas...rindunya jln cepat2 dgn harapan lecturer lum masuk kelas... rindunya dengar syarahan lecturer.. rindunya jumpa kwn2 dan kongsi cerita... rindunya pakat2 nak makan kat mana dan naik kete sape... RINDU SERINDU-RINDUNYA... life as a student... Praktikum tamat pada 27 April 2012... ustaz mazlail student TASL muncul guru pelatih terbaik daerah Kuala Langat.. bangga jgk sebab rakan sekelas.. and he deserves it.. arab dia mmg power sbb lepasan pondok dan orgnya memang tawadhuk.. Tadi hubby bg cadangan suh smbg degree bidang TESL... aku jadik tergamam... ok je tapi mempelajari bhs Arab membuatkan aku lebih rasa dekat ngan Quran... xtau la... tgh survey jgk peluang study walaupun rasa mcm "apa ke he..nyer" aku ada diploma Tahfiz dan diploma TASL smbg pulak degree TESL... boleh ke tak boleh?...klu ckp ngan hubby mesti dia jwb..."apsal takleh pulak?"... membuatkan aku terdiam lagi...

Friday, March 30, 2012

HAMPIR SETAHUN RUPANYA.....

Hampir setahun rupanya tak menulis dalam blog nih... Kesibukan yang menyebabkan aku sendiri tak tau cerita menarik di tv bila kawan cerita sesama mereka, kesibukan yang menyebabkan aku tak tau cerita kenaikan gaji yang dipaparkan di tv dan suratkhabar, kesibukan yang menyebabkan aku tak sedar anak-anak dah semakin besar dan macam-macam kerenah...hahaha..xtau la samada sibuk atau aku sememangnya tak ambil peduli semua tu..

tempoh praktikumku dah hampir tamat...4 weeks to go... alhamdulillah kami berjaya mengharunginya... kasihan pada kawan2 yg ketinggalan, macam-macam perkara yang kita tak jangka... kesilapan kecil boleh mengubah hidup kita...

semalam bincang ngan hubby, setiap kali mula drive pagi sabtu untuk ke kuliah terasa diri diberkati bila mengenangkan malaikat mendoakan mereka yang menuntut ilmu... sambil mendengar tazkirah daripada prof muhaya dan ramai lagi di radio ikim...yang penting niat kene ikhlas... setiap sen dan minit yang digunakan untuk belajar itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya... kepada kwn2 yang sedang atau berhasrat menyambung pengajian, dinasihatkan agar manfaatkan peluang itu sebaiknya..banyakkan bertanya dengan pensyarah bila tak faham, aku sendiri walaupun mendapat keputusan peperiksaan agak memuaskan tapi masih banyak perkara yang tidak ku lakukan sebaiknya... masih banyak persoalan walaupun dah tamat sesi pengajian... aku sedar yang aku masih perlu meneruskan usaha untuk menuntut ilmu... kerana makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..

hidup ini bagaikan harus memilih persimpangan mana untuk dilalui setiap kali timbul konflik,...apa yang harus diperkatakan, apa keputusan terbaik, siapa yang harus terlibat, apa kesannya...everything is (??????)..

tabiat suka bertanya ni agaknya menurun kepada anak2... sampai kdg2 tak terjawab soalan diorang..kami akan berpandangan sesama sendiri bila muhammad mula bersuara.. mak abah, muhammad ada satu soalan ....(waaa)...satu perkara lagi yang ku sedari bila aisyah yang berumur 4 tahun selalu bertanya... mak ni warna apa? mak nak makan apa? mak balik pukul berapa? mak masak apa? siapa nak ambik kitorang balik sekolah nanti? kita nak pergi mana? bila kita nak balik kg? yg paling best bila kami mula menitikberatkan makanan berlogo halal kepada anak-anak..dan satu hari kami merancang makan di luar, khadijah langsung memberi cadangan makan di kfc, kami menyanggah kerana mahu makan nasi di restoran biasa... dan soalan killer dia ialah.... KEDAI YANG KITA NAK MAKAN TU ADA TANDA HALAL MCM KFC KE?.....