Monday, June 21, 2010

tugas dan tanggungjawab

semalam kak pidah msg.. PAID mintak salinan ic dan surat lantikan baru semua guru dan antar arini. memandangkan kak pidah kursus di de palma shah alam sampai rabu, maka diri ini lah yang kene uruskan.. yang peningnye segala dokumen berterabur sana sini... semuanya gara-gara masa pindah, rumah basah sebab paip sinki bocor.. rak buku abis basah dan rosak.. akhirnya masih ada lebih kurang 5 kotak buku dan fail yang masih belum disusun dan isi kandungannya dah bersepah sana-sini. masalah pengurusan pun iye jugak.. lain PAID lain caranye.. masa baru pindah kak pidah mintak fail peribadi.. bila mintak ngan kak ila, katanya bukak fail baru kat sekolah baru... masalahnya kata orang sini fail peribadi tu dibawa bersama masa pindah.. aduh... banyak lagi yang memeningkan kepala.. masa baru pindah banyak jugak tanya guru-guru lama di sekolah.. bukan apa, walaupun kerja tu dah biasa buat tapi bila pindah sekolah baru ni macam-macam pulak.
tak sabar nak sambung degree dan master terus. hajat untuk menambah ahli keluarga mungkin terpaksa ditangguh atau dilupakan terus.....
pagi tadi habiskan print nota teknologi pendidikan untuk kak yana... bising yan.. "watpe print, fotostat je".. masalahnya bila fotostat banyak slide bergambar yang akan terjejas.. kalau diri sendiripun tak suka dapat nota gelap gelita macam tu.. takpela.. hubbypun tak marah guna printer sesuka hati... thanks hubby!
program usrah masih belum bergerak... susah sungguh nak cari waktu senggang antara kuliah.. nak mengumpulkan ahli satu hal..masa tu lah nak makan tengahari, solat.. nak buat lepas kelas masing-masing dah menderu nak balik.. asalnya masa sem 2 lagi dah bincang ngan kak shida nak pecahkan kumpulan.. lagi sikit lagi senang nak kumpul.. tapi dah masing2 taknak... tengokla, kalau macam ni jugak keadaannya sampai ujung minggu ni, kene separate jugakla... bebanan fikiran ni hanya ditanggung bila kita memegang jawatan... walau kita sendiri taknak, tapi terpaksa bila yang lain semuanya lepas tangan dan agak lambat bergerak...
hubby will be back today from ILDAS, Sabak Bernam... and tomorrow our new car will arrive.. anak2 pun tak sabar tunggu esok... ok, jumpa lagi...

Tuesday, June 15, 2010

accident....!

sabtu 5hb yg lepas accident di bulatan nilai masa on the way nak g kuliah... kereta terbabas dan akhirnya langgar divider.. mujur tak cedera dan tak langgar kereta lain... alhamdulillah Allah hantar bantuan... macam tak percaya ada insan yang sudi menghulurkan bantuan... satu demi satu kereta berhenti bertanyakan keadaan.. semuanya lelaki... yang geramnya dua buah kereta peronda polis lalu.. tapi takdepun yang berhenti bertanyakan khabar.. terima kasih yang teramat kepada saudara salehin dari bukit mahkota dan saudara ariffin yang bersama-sama menunggu hingga trak tunda sampai dan bawak ke bengkel di cempaka. atas nasihat saudara salehin dan kawan2, niat untuk tetap datang kuliah dibatalkan dan hubby terus bawak g wat check up.. takut ada kecederaan atau pendarahan dalaman...
seharian jadi tak tentu arah..rasa nak menyorok bawah katil, dalam almari... hubby suruh rehat dan tidur tapi kepala asyik terbayang kejadian kemalangan tu... hampir sejam kelip-kelip mata baru boleh lena... sejak hubby ambik dari bengkel asyik nangis je... tersentak jadinya.. dah la lagi dua hari nak gi BIG.. hubby tanya nak pergi jugak ke? terpaksa la.. kalau tak nanti2 kena pergi jugak...
masa di kem pun tak semangat je rasanya.. pikir nak tamatkan program, join semua aktiviti dan cuba stabilkan semula emosi.. mujur tak dilantik pegang apa-apa jawatan.
masa aktiviti flying fox ingatnye dah cukup berani.. alamak, jerit jugak.. malu je. dulu dah pernah naik masa kem kat batang kali... kata jurulatihnya.. ingat murid je teriak, ustazahnya teriak jugak... kikiki... malu sungguh..
seronok tengok gelagat kawan2 masa aktiviti... macam-macam gaya.. aktiviti pertama yang kitorang ikut ialah night walk.. komandan kata biasanya diorang wat mula pukul 12 malam.. hi..seramnya.. tapi untuk kami malam tu mula lebih kurang pukul 9... sian jugak sebab ada kumpulan yang sesat sebab tak ikut arahan... cuak peserta lain bila dengar... alhamdulillah masa time kitorang dia bagi jalan berempat skali siap ada ustaz dan seorang fasi untuk iring.. kumpulan yang mula2 jalan berdua je..
esoknya hari kedua kesemua peserta dibahagi kepada 4 kumpulan, bergilir-gilir ikut aktiviti.. kumpulan kami.. kena basikal dulu.. yahoonya bukan main.. maklum la da lama tak naik basikal sejak zaman sekolah dulu.. jengjengjeng.. rupanya jalan tarnya tak rata, naik bukit sikit.. basikal yang tak sesuai untuk aktiviti (itu kata jurulatihnya), jenuh pusing kebun kelapa sawit dan bendang..dekat 30km, kak yana sampai nak pengsan.. kak hasmariza jatuh basikal.. ada seorang ustazah terbabas hampir masuk longkang, macam-macam...,
petangnya flyng fox.. sabor je bila masing2 menggigil naik menara.. ustaz2 jerit dari bawah "woi wasiat siap2!" kak ina pulak "ingat abe je kat atas tuh" ... saja nyakat masing2.. jurulatihnya pun sama.. siapa yang nampak takut semacam je lagi kuat la diorang sakat..sampai abis 4 hari di kem badan kami masih sakit-sakit... tidurnya dalam khemah beralaskan beg.. hari ketiga jungle trekking sebelah pagi dan aktiviti air sebelah petang.. haha.. siapa yang tak bawak bekalan ayor masa jungle trekking memang azab la... walaupun laluannye tak jauh mana.. tapi sebab stamina kurang. semput jugak.. dengan kak su yang tak boleh lari sangat sebab ada masalah kesihatan... kumpulan kami berjaya tamatkan tugasan dalam masa 36 minit. ok la tu.. kumpulan terpantas 30 minit dan tercorot 50 minit..
aktiviti air memang enjoy la sebab itu aktiviti terakhir dan kitorang tak kisah nak kotorkan baju masuk lumpur... sebelum abis jurulatih pesan.. "nanti tolong basuh kayak ye.." aduh, ..nak buat camana, sebab kitorang kumpulan terakhir yang guna.. berat woo.. nak tak nak gagahkan jugak angkat dari kolam bawak ke khemah depan, pastu angkut lagi bawak ke stor... aduh.. dugaan dugaan...
balik dari kem tak terus ke batang kali.. balik banting basuh baju.. banyaknya sampai buat ampaian dalam umah... yang harunya bangun pagi tu.. cam bengong2 sket.. tengok luar, alamak, da lewat ni.. pagi ni aktiviti apa.. ala, jangan2 da ketinggalan.. ha, itu la dia penangan BIG..
minggu tu walaupun dekan bagi cuti tapi me myself tetap pergi kuliah.. yang lain memang gunakan peluang tu untuk berehat, ada jugak yang sampai demam2..
oklah.. itulah serba sedikit pengalaman... apapun ingat Allah sentiasa....

Wednesday, June 2, 2010

kursus oh kursus

beberapa hari lagi akan berangkat ke program BIG.. anak-anak akan di pos ke umah mama, hubby akan stay kerana mengikuti perkampungan ilmu, balik BIG, basuh baju... ambik anak-anak dan letak pulak umah mak... me myself go on with lecture and presentation (yg masih belum mula buat apa2 lagi nih), hubby kursus IT 3 hari, balik umah get ready with preparation...beli barang dapur untuk sebulan, gosok baju untuk seminggu bla bla bla....

2 hari yang berbaki ini dihabiskan dengan membuat persediaan untuk cuti sekolah yang tak cuti.. baju anak-anak untuk seminggu di umah mama... peti ais yang perlu dikosongkan, sampah perlu dibuang, beg dan kelengkapan BIG, kelengkapan hubby sepanjang ditinggalkan dan kursus IT nanti... slide presentation yang dijanjikan untuk yan....

semuanya perlu di 'organize' dalam minda supaya takde yang tertinggal.. FIP perlu digunakan... dengan batuk selsema yang masih belum sembuh sepenuhnya.. ubat tak abis makan sebab perlu teruskan kerja.... kalau makan ubat sure mamai seharian... ahad dan isnin lepas pun anak-anak sampai makan serdak biskut.. siannya lah... maknye asyik terlelap je.... ntah kenapa... asal letak kepala je terlena terus.... tak tau le effect ubat ke atau sebab demam.... kalau tak sebab yan paksa pergi jumpa doktor, for sure diri ini akan terus bertarung melawan demam yang memang tak kan kebah kalau tak rehat...

awal bulan haritu masa papa balik australia... tetiba je da sampai dengkil, sebab tak sabar nak jumpa cucu-cucunya... apalagi kelam-kabut la kemas umah... hubby kata tak sampai 1/2 jam da kemas... dan tak sampai 1/2 jam jugak lepas papa balik dah sepah balik.... hahaha... anak... anak.... sabar je la.... aisyah da mula mengikut jejak yang dah lama ditinggalkan abang kakaknya... iaitu menconteng dinding... macam tak cukup kertas.. dinding jugak yang dicarinya... ingat dulu pernah marah muhammad sebab nampak ada kesan conteng kat dinding, sangkanya dia yang buat sebab paras ketinggian tu tak memungkinkan si khadijah yang menjadi pelakunya... few minutes after... nampak anak dara tu panjat bangku dan menyambung hasil karyanya di dinding umah sewa kami.... wa.... sorry my boy... mak main tuduh je ye... rupanya kerja adiknya...

kepada saleha, ni ana dah update citer... kepada kengkawan lama, kalau sudi bacalah pengalaman hidup diri ini.... antum semua masih di hati... tak pernah lupapun.. tak kiralah ex-seri sekamat ke, ex-sam10 atau ex-MARTAH...cuma hambatan tugas dan tanggungjawab tidak memungkinkan diri ini menjalani hidup yang relax dan enjoy... actually i'm enjoying hidup yang penuh dengan aktiviti daripada got nothing to do..

ok.. got to go... khadijah da bangun, first of all kene bagi susu dulu.. tak tau la bila nak ubah ni.. da 4 tahun still bottle feeding lagi... bagi susu ngan cawan taknak... tak macam muhammad dulu, cepat matang dan mendengar kata.... agaknya bila aisyah dah minum susu ngan cawan nanti baru kakaknya akan ikut.. adik lagi berdikari dari kakak... cannot blame khadijah... dia membesar dengan wan alang yang sangat memanjakan dia dulu... to blame her is to blame our past... banyak tanggungjawab kami yang diambil alih oleh alang... takpelah... pandang ke depan.... perbaiki kesilapan... face the facts...

see u all after BIG.... huhu...