Thursday, December 16, 2010

kerja harus disusun ye....

semalam baru saja berbengkel dengan Ustazah Muinah tentang pengurusan kurikulum dan panitia di sra banting.. memang kerja kita banyak tapi kalau disusun insyaAllah semuanya bisa diatur... masalah yang terjadi adalah disebabkan kita tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut... urusan panitia terutamanya di sekolah yang bilangan pelajarnya sedikit rasanya tidak sesukar sekolah besar. azam kami untuk membuat kerja dengan lebih teratur dan sistematik agar pengurusan sekolah berjalan lancar tahun hadapan. namun seperti kata Ustazah Muinah, macam MLM, kalau tiada sokongan dari bawah, bagaimana orang di atas boleh berdiri teguh...

rentetan daripada rungutan Ustaz Mansor tentang proses penerimaan yuran, kak Pidah telah menggunakankan pengalamannya mentadbir di sekolah lama agar guru-guru dapat menguruskan kutipan yuran dengan lancar. sesungguhnya memang sukar untuk menguruskan sesuatu organisasi seandainya wujud pemikiran negatif. itu tak boleh, ini mustahil... hampir saja diri ini mengundurkan diri kerana tidak tahan berhadapan masalah individu-individu negatif ini... namun, bila difikirkan kembali, individu seperti mereka ini ada di mana saja.. Hanya pada Allah tempatku mengadu berlandaskan niat mendidik anak-anak Islam dan melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

semester ini sudah hampir penghujungnya.. kerja SU yang masih haru-biru, assignmnet yang separuh jalan, pendidikan anak-anak yang belum berjaya dilaksanakan seperti dirancang.. aduh.. prioriti..prioriti...kekangan kewangan adakalanya membataskan tindakan... takpe, itu tak boleh dijadikan alasan.. manusia yang gagal sentiasa mencari alasan... cari penyelesaian, bukan alasan...