Monday, May 25, 2009

sem baru pengalaman baru

baru je masuk sem 2 (kalau ikutnya sem 3 tapi sem pendek tidak dikira)..... alhamdulillah segala penat lelah telah dibayar..... kejayaan meningkatkan motivasi... apa yang penting, kenali potensi diri... kalau tak kenal diri sendiri, its hard to talk about success...

kursus di PSPJ juga dah selesai... kalau ikut dah takde la kursus untuk tahun 2009 ni, unless tetiba PAID panggil, tapi itupun biasanya kursus sehari je, takde la sampai bermalam... kesian Aisyah, last week kursus sampai jumaat, sabtu nya dah gi kelas... takpe, yang penting kualiti bukannya kuantiti...

tadi berkejar hantar sharpener pada muhammad... tak tau kenapa pagi ni dia taknak pergi sekolah.. pandai pulak dia mintak taknak gi tadika..nak gi nurseri terus.. i try to find what's the problem... lepas tu dia mintak bawak pensel warna yang sepatutnya stok untuk dia belajar di rumah.. okla, i said..as long as muhammad simpan lepas guna... siap lekatkan nama biar dia senang kenal.. mungkin ada perkara yang dia tak seronok...pagi tadi hantar, ya Allah, baru sedar, rupanya bila sampai awal ke sekolah, dia dapat bermain dengan kawan... cepat-cepat dia letakkan beg dalam kelas.. then keluar main kat luar... takpe lepas ni boleh la kejut dia awal pagi... but he has to sleep early...masalahnya dia akan ngadap y8 berjam-jam... takpe, that also can be solve... kene disiplin... by 9.30 dah ready to sleep... guling2 ngan khadijah..ok la rasanya, by 10.00 dah tido..

walaupun cuti sekolah akan tiba, me as a mother will make sure diorang spend masa dengan berkualiti... setakat ni dah berjaya buat 3 buku untuk muhammad dan 2 buku untuk khadijah... walaupun in the end khadijah akan menconteng buku tersebut..(wa.. rasa nak nangis).. tapi itu adalah kemahiran dia.. she's only 2 years and 5 months old... practise makes perfect.. sebagai ibu bapa jangan rasa rugi dan kedekut untuk belikan anak buku or whatever yang boleh merangsang minat dan minda mereka...

selamat pengantin baru buat atun... insya Allah kalau takde aral melintang, akak sekeluarga akan datang kenduri atun lepas abis kelas kul 1..... dalam kad kawin dia tulis jamuan makan sampai malam... wa.. bagus-bagus..tau nape sampai malam? ha, ayahnya nak wat lain dari yang lain.. ada ceramah malamnya tu...

ok, i have to stop now... subjek dinamika guru memerlukan usaha dan penumpuan yang tinggi... buku dari library da pinjam... ni nak start mentelaah... JUMPA LAGI...

Monday, May 11, 2009

CUTI....BESTNYE...

Alhamdulillah, walau cutinya hanya dua minggu, fizikal dan mental ini benar-benar berehat....secara psikologinya kalau otak kita penat maka badannya akan turut sama penat..
Minggu lepas kursus di PSPJ.....alhamdulillah banyak pengalaman dan pengetahuan baru....
1. drive sendiri ke klang
2. mengenali insan hebat
3. koreksi diri
4. keyakinan diri meningkat

hari ini insyaAllah akan present isi kandungan kursus... memandangkan tiada hand out disediakan oleh penganjur, cuma power point dalam bentuk soft copy, namun demi kelancaran, sebentar lagi aku akan menyediakan serba sedikit maklumat untuk rakan sejawat...moga mereka juga bersemangat seperti aku...kita boleh andai kita fikir kita boleh....laluannya akan nampak terang dan jelas....

semenjak belajar aku menjadi kembali bermotivasi untuk cemerlang....lalu anak didik ku tekankan setiap hari agar mereka juga bermotivasi untuk cemerlang... keajaiban dari Allah...pelajar yang dulunya langsung tidak berminat dengan pelajaran (terutamanya Bahasa Arab yang ku ajar), hari ini berebut untuk duduk di barisan hadapan...dan mereka memahami apa yang ku ajar.. subhanallah... isi kandungan pelajaran yang agak kompleks dan memerlukan teknik, menjadi mudah buat mereka.... mungkin ini kesan dari hati....sejak tahun 2009, aku berniat untuk berubah menjadi guru HEM yang berkawan dengan anak murid... lebih kerap berkomunikasi....kesannya anak murid jadi lebih rapat tanpa adanya 'gap'... pelajar perempuan yang terlupa membawa telekung tanpa segan silu meminta izin untuk meminjam telekungku.... pelajar lelaki berebut untuk membelikan ku makanan apabila banyak kerja perlu disiapkan dan aku tidak sempat untuk ke kantin.... aku juga tidak pernah melihat seseorang pelajar itu gagal..... mungkin keputusan peperiksaannya tak berapa cantik...tapi perjalanan hidupnya masih panjang...apa yang penting aku menyumbang bekal buat perjalanannya nanti..pelajar yang nampaknya cerdik sekalipun belum tentu masa depannya terjamin... semuanya kuasa Allah... Yakinlah dengan kasih sayang Allah... kalau kita kenal Allah, faham qudrat dan iradatnya, hidup akan jadi tenang... bukankah kita hambaNya?

Wednesday, April 1, 2009

en Ganing

Pensyarah Bahasa Kebangsaan kami mempunyai nama yang unik...En Abd Ganing Laengkang...tak tau la ye...mungkin bahasa Bugis...keliru sikit..sebab en ganing cerita dia sekolah di Indonesia sampai form 2, kemudian pindah Sabah dan terus menetap di sana sampai sekarang... Tapi katanya hari tu dia keturunan Bugis...
Slanga percakapannya pun memang lain... aduh, susah juga nak faham...tapi bagusnya en ganing memang menuturkan pior bahasa baku... sesuai la dengan kursus... kelas pertama lagi aku dah mengalami kejutan...INGAT YE...walaupun kita ini memang orang Melayu, tapi kita cuma guna bahasa percakapan setiap hari...sedangkan bahasa Melayu lebih dari itu. That's why, aku berazam pada diri sendiri...don't take for granted...

Sabtu ini insya Allah kumpulan kami akan berlakon...Syukur Allah bagi ilham walaupun masa tengah sarapan.... dapat je idea, terus call atun.... tak tau la... tapi, lepas je dapat idea dan bincang ngan atun....rasa kepala ni teramat la ringannya.... hubby da pesan..kalau kerja berkumpulan tu rasa 'susah' , offer je diri untuk wat kerja tu... nak wat camana...masing2 diam je... tapi tula...kita adakalanya rasa terbeban jugak sebab menanggung kerja orang... anyway. matlamatnya kerja tu mesti siap...by hook or by crook...

hubby siang malam cari $$$$....susah ekonomi gawat ni...mujur kami suami isteri bertugas sebagai pendidik.... tak macam orang lain yang kerjanya mempunyai risiko untuk diberhentikan... terbaru CIMB sendiri pun terkena tempias akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia... kesian bila dengar ada seorang caller masa rancangan MHI...rumahnya hampir kena lelong sebab tak bayar...

apapun musibah yang menimpa kita kembalilah kepada Allah... setiap saat sebenarnya kita perlu bersama Allah....Allah kan Pencipta kita..kita ini hanya makhluk.... sesungguhnya tiada apa yang berlaku kepada kita melainkan ianya berada di dalam kekuasaan Allah...Carilah Allah...Sebutlah namaNya...Allah Maha Mendengar... Allah Maha Pengasih.... Kenalilah Allah melalui asma'nya yang indah....

Sunday, March 22, 2009

mengejar masa

kelas pagi ahad kelmarin, jangkanya nak sampai awal dan sarapan dulu...tapi apakan daya, saat aku meminta izin emak untuk keluar, macam-macam pulak halnya...biasalah mak, jarang berjumpa anak-anak...masa itulah dia nak pesan itu ini...akhirnya aku tiba di KUIS jam 7.40 pagi (walaupun di highway da drive selaju 120km/j)....parking pulak penuh gara-gara ada pertandingan memancing di tasik....selepas berjaya mencari space yang agak sesuai, aku berlari anak la ke kafe arwah Wak Samad..rindu pada lauk-pauknye...terutama tempe dan kentang...emm...sedapnya.. memandangkan ramai orang, maka aku jangkakan lauk-lauk akan habis pabila aku selesai kelas nanti....maka akupun tapau sarapan dan lunch skali...cadangnya nak gi library pas kelas...jadi takyah la jalan gi kafe lagi...abis kelas terus makan...selesai membeli makanan, aku berlari lagi untuk ke kelas...sampai di depan bangunan pentadbiran, seorang wanita telah menghalang laluanku...saiz badannya yang agak besar (tp bukannya gemuk) menyukarkan aku untuk mencilok....aku ke kanan diapun ke kanan...ha..sudah..akupun 'memberi signal ke kiri' dan terus memotong dan memecut...lantas kedengaran suara.."Ima!" aku terus berjalan "Ima!" wanita itu memanggil lagi..nak paling takut tersalah orang...langkah ku setapak kemudian, ku dengar lagi "Ima!" (kali ini agak kuat)... aku menoleh..la kak Su rupanya.. "lajunya" kata kak Su..."Kalau boleh terbang Ema terbang dah".. waktu itu aku memang bergegas untuk ke kelas...dan kalau sempat nak makan dulu dalam kelas...
sebab itu aku sukakan kasut yang rata dan tidak bertumit....senang nak berjalan laju atau berlari bila perlu...mujur tak sakit kaki walaupun ada jugak terasa satu dua urat yang tegang akibat terlebih tekanan....
minggu ni kene siapkan assignment BM dan wat nota dan persediaan untuk next class...hubby kata, "mak tertekan sebab nak dapat 4 flat"....NO NO NO....that's not the point...(walaupun CGPA ku sem lepas 3.99)...
orang perempuan (aku sorang je kot?) memang camni... kalau banyak kerja mula la serabut... hal sekolah(bising da kak ila aku tak siapkan lagi borang harta modal dan inventori)...hal rumah (my lovely mother in-law datang kemas umah...hahaha, malunya)..hal anak-anak (kerja rumah Muhammad tak pernahnya siap) hal keluarga di Kajang(penapis air yang dipesan along masih belum dapat ku hantar) hal ekonomi yang masih gawat,......
senang kata, aku adalah seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang adik, seorang kakak,seorang menantu, seorang pekerja, seorang guru kelas, seorang guru HEM (wa... kursus ujung April ni...)seorang pelajar, seorang kawan bla bla bla........

Thursday, March 19, 2009

aduhai Khadijah....

Khadijah Afifah adalah anak kami yang ke-2..Oktober nanti usianya 3 tahun....Hubby tanya, "betul ke ni mak? Ntah-ntah umur dia dah 4 tahun...". "Iye bah, kan dia lahir 2006", jawabku.. Bukan apa, Khadijah adalah seorang anak yang keletah dan pintar.. memang betul kata orang...nak didik anak, didik betul-betul yang sulung... Alhamdulillah, Khadijah banyak terpengaruh dengan abangnya Muhammad.
Selain petah berkata-kata, wajahnya yang iras amoi memang menjadi penyejuk mata kami. Walaupun di peringkat awal, kami merasa jauh dengannya...namun sekarang dia sudah benar-benar menjadi anak kami...
Tempoh awal semasa lahir sehingga usianya mencapai 2 tahun, hidup kami agak susah dan sibuk....Mujur Wan Alangnya sudi menjaga tanpa sebarang bayaran....Cadangan untuk menghantar Khadijah kepada alang sudah dibuat semasa dia masih dalam perut lagi... Ceritanya alang merajuk kerana kami sudah lama tidak singgah di rumahnya... alasannya kami sibuk.namun dia menyanggah..."takkan sibuk setiap hari", katanya. Lalu hubby pun mencadangkan anak yang bakal lahir nanti dihantar kepada Alang. Dengan cara itu kami akan bertemu Alang setiap hari...Walaupun pada awalnya aku tak setuju sebab aku ni cerewet sikit ttg pengasuh....solatnya auratnya akhlaknya...tapi NO CHOICE....EKONOMI MERUDUM...
Akhirnya, hampir 2 tahun Khadijah di bawah jagaan Alang, dia menjadi manja dan spoil kerana....mestilah sebab dimanjakan.... apa yang di minta selalu diikutkan,... hubby mulanya tak perasan...satu hari hubby tegur dan Khadijah menjeling...ha, tu dia...baru la hubby sedar....
Walaupun tempoh dalam pantang(selepas bersalin Aisyah) kene berehat, namun ku gagahi juga menjaga mereka bertiga...Hajat di hati nak pisahkan Alang dan Khadijah....dalam masa 2 bulan tu kami tumpukan penuh untuk mengubah perangai Khadijah...masalah nya cuma 1, Khadijah taknak mendengar kata..tapi disebabkan perangai yang satu itu, makin banyak lagi masalah yang timbul..airmata ni da banyak tumpah...susah...sepanjang penjagaan kadang-kadang sampai 2-3 hari Khadijah di rumah wannya..sebab itu dia lebih ikut sifat wannya..pernah di sekolah aku menangis sebab dah 3 hari tak jumpa Khadijah.
Alhamdulillah, tahun 2009, semua anak kami dihantar ke taska Arisa...(yuran nye $500)hasil perbincangan kami sepakat untuk mendidik Khadijah menjadi lebih berdikari dan berdisiplin...
Hari ini aku terkadang lupa yang Khadijah sudah semakin pintar.. semalam dia mengadu dengan abahnya, muhammad ada beg dengan botol air biru... mak kata nak belikan kakak beg dgn botol air pink....Ya Allah.. nak menangis rasanya...rupa-rupanya masa di Parkson Rawang smlm dia berhajat..dan maknya ini hanya tahu berjanji tanpa berusaha untuk menunaikannya....

Thursday, February 19, 2009

kesihatan..

bulan februari ini kami telah menghabiskan -+$200 untuk bil-bil klinik. kunjungan ke klinik rasa-rasanya dekat 5-6 kali..termasuklah peristiwa aisyah terpaksa diberi gas untuk mencairkan kahaknya....DR pun pelik....biasanya mak aisyah ni adalah seorang yang very concern apabila anak-anaknya demam...tapi sebelum tu DR da maklum yang minggu lepas adalah final exam...yg penting DR kata jaga-jaga sebab memandangkan hubby pernah kene lelah masa kecik...maka Aisyah punya potensi untuk menurut jejak ayahnya....
minggu ni da start cuti sem....awal mac masuk balik...short sem....I REALLY NEED A BREAK.....tapi bak kata guruku masa di sekolah rendah..otak orang melayu kalau di proses leh guna semula sebab owner asalnya tak gunakan otak tersebut secara aktif...tak macam otak albert einstein....da tak leh guna dah...abih sume neuron-neuron dia da guna....
sabtu ni pulak kak ila antar kami ke kursus RPPH di PAID KKB.sebenarnya PAID mintak sorang je...abih kak ila antar kami sume berempat...naik kete ngan iza sok...da boring bawak kete tiap-tiap ari....biarlah esok jadi penumpang je....

Sunday, February 1, 2009

ZIKRAA ATHIRAH...

Alhamdulillah, selesai segala assignment dan presentation. Walaupun ada yang tak berapa ok sebab tak fully prepared (maklum la kami hanya bertemu hujung minggu), namun akhirnya dengan lapang dada dan senang hati kita harus redha dan terus berusaha untuk memperbaiki kesilapan...
presentation bi...kak rahmah had showed us the amazing kuih cendawan..jenuh kami fikir apa dia kuih cendawan..sampai madampun tertanya-tanya...seronoknya, masa mula menggoreng, memang kuih tu jadi bentuk cendawan..madam pun very impressed sampai amik gambar guna hp dia...ustaz amin macam biasa suka bertanya (dan mengacau)...IS THAT CUCUK JAWA? ..dengan slang kedahnya...kak rahmah tersasul jawab ..NA'AM...ha.. baguih dok ada...presentation bi cakap arab...disebabkan kami menggoreng (guna portable gas stove), madam dan ustaz2 siap buat lawak..."jangan terbakar kelas sudah"...."get ready with the fire extingisher"..."bukak tingkap"..."abih la jap gi security datang sebab nampak asap".....SUSPENT TUL...but madam really like the kuih until she asked us to go on with the goreng2 at the back while the other group present theirs....
We do hope to learn with all our lecturer again in the next semester...walaupun impossible.. biasanya lecturer lain...takpe la...mungkin next next sem....

segalanya akan menjadi zikraa athirah buat kami semua...ustaz harun pun pesan sambung lagi ke peringkat lebih tinggi....insya Allah...

Thursday, January 29, 2009

HARI YANG MEMENATKAN.....

hari ini bermula dengan menghantar Muhammad ke tadika, Aisyah tak sempat mandi, pampers nya lencun lak tu...balik umah dulu mandikan, gi CIMB cucuk $ nak bayar nursery...hampeh tul la maybank, da tukar kad pun takleh cucuk gak...tapi hubby kata atm petronas batang kali je camtu....kalau g atm maybank sendiri bleh dia kata. pastu antar khadijah n aisyah ke nursery, syukur sangat sebab khadijah dah tak nangis lagi bila dihantar ke sana...
balik umah siapkan borang zakat, fotostat itu ini, gi umah penghulu...dayah tepon lak kata mama nak datang amik video cam...alang2 gi la antar ke sekolah mama jap..sebab sekolah mama berhadapan ngan balai penghulu.... tup2 mama kata gi la antar terus kat dayah...ish ish ish....sampai umah penghulu...penghulu nya takdok..pembantu nya kata gi jumpa tok empat khalid...rupa2nya pakcik khalid yang ku kenal selama ini itu adalah seorang tok empat....alhamdulillah...selesai,...
rushing lak gi binding assignment...kedai lak tutup..ish tak abih lagi ke rayanye..takpe la..
gi amik muhammad dulu...round cari kedai yang bukak..alhamdulillah..ada pun..muhammad pun da pandai mintak beli pemadam gambar superman...alasannya pemadam ilang, amik la walaupun kewangan semakin merosot....
gi antar dulu muhammad ke umah mama,sebab kalau lewat jalan depan tu jam orang semayang jumaat, alhamdulillah mggu ni dayah cuti..biasanya muhammad akan ikut ke sekolah...pening jugak nak melayannya..
ni sebenarnya ngadap komputer sebab nak wat flow chart...assignment power point untuk klas komputer...kelam kabut...minggu ni je 3 presentation..english..arab(aduih) n komputer....Ya Allah...bantulah hambaMu ini...
tadi kak shida call, walaupun baru besalin dia nak gi jugak klas...dia mintak tumpangkan...insya Allah...sama-sama la kita tolong-menolong

Wednesday, January 28, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah, nak tamat da sem 1. minggu ni kelas terakhir dan lagi 2 mggu final exam. ok la sebab sehari satu je subjek..leh le struggle gile2..."Ya Allah, bantulah kami...mudahkanlah urusan kami..." yang seronoknya ustaz syarul azman bitau kami yang dia senang ngan kami...alhamdulillah, terasa berkatnya ilmu yang dicurahkan..

Ari tu bagi 'ceramah' kat bebudak....doa selalu..Allah memang suruh kita doa..Kita mintak, Allah akan bagi..dengan syarat doa kene yakin...dan Allah itu Maha Kaya..takkan berkurang kekayaan Allah hanya kerana mengurniakan rahmatNya pada kita..

Alhamdulillah juga sebab Khadijah da tak nangis lagi bila dihantar ke nursery. 'Ajib..tapi itu kan kuasa Allah..Allah yang menguasai hati-hati kita..
memandangkan hantar anak-anak dari pagi, jadi masa di rumah kene la digunakan seoptimum mungkin...hubby da bising umah asyik sepah..SORRY HUBBY....
hari ni harijadi hubby...nak wat surprise le sket...jeng jeng jeng...shooo..rahsia...

Wednesday, January 14, 2009

UJIAN DAN RAHMAT

ALLAH MAHA PENGAMPUN ALLAH MAHA PENYAYANG....

For the last 2 weeks gi sendiri ke KUIS...subuh sepi'e da kuar umah...paling teruk minggu lepas...masa drive tu ngantuk sangat..
minggu ni kene siapkan journal writing...buku arab tak abih khatam lagi...aduih...tu la akibat menangguh-nangguh keje...
Allah turunkan ujian...sejak minggu lepas sakit pinggang dan lenguh kaki. It getting worst bila banyak bergerak dan berjalan...so, in the end isnin lepas takleh tido sebab kaki sakit dan kejang...malamnya gi klinik, dr salehah kata kurang kalsium...rupanya kalsium bukan hanya untuk tulang tetapi juga urat dan otot...jadi bila kalsium dalam badan tak cukup, urat dan otot pun tak mampu la nak wat keje mereka dengan sempurna....hubby suh minum susu 'manyak-manyak'....wat susu tu cam air masak..minum selalu...
semalam dapat jadual kursus, nampaknya tahun ni gagah la sikit...kursus di ILDAS 2x, di Kg Jawa skali...confirm hubby taknak antar....pepandai la sendiri...
ok...kene start da nih wat assignment....cancincau.....