Tuesday, January 8, 2008

Tahun Baru 2008M/1429H

Khamis ni awal Muharram tahun Islam. Baru nipun, baru je kita melangkah ke tahun baru 2008. So, apa azam anda semua?

InsyaAllah tahun ni our family members akan bertambah. Duenya bulan Mei nanti. Berdebar-debar pulak rasanya. Bukan apa, Muhammad n Khadijah dulu susah betul rasanya nak kuarkan...ye la...orang kata rezeki masing2.

Sebenarnya sejak cuti skolah ari tu kami sekeluarga dok umah mama, sebab both of them (papa n mama) gi haji. InsyaAllah 20hb ni balik. Tak sabar rasanya...hahaha, jangan salah faham....tak sabar nak dok umah sendiri balik. Jenuh dah dok umah ni. Macam-macam hal. Boleh plak hubby ajak dok cni balik, esp masa dia tunggu KPLI ari tu. Nasib baik tak dapat, kalau tak makan ati berulam jantung la setiap ari.Ntahla, mungkin ada orang yang dia leh kata seronok dok umah mak mentua, macam mak sendiri. Dalam satu magazine tu siap peluk2 lagi ngan mak mentua dia. Tapi for me,xtau la leh wat camtu ke tak.

Tajuk blog nipun hubby yang pilih. Berkorban demi cinta.....ha....ye la tu....demi cinta ni memang banyak yang perlu dikorbankan....tapi what i kept thinking is, perlu ke kita berkorban sampai macam tu skali? Berbaloi ke?

Okeyla, ni nak citer hal skolah lak. Alhamdulillah tahun ni murid kitorang bertambah sehingga 80+. Daripada 30+ (2005), 50+ (2006), 70+ (2007), tahun ni dekat 90 orang ada rasanya. My class paling ramai student. Tahun ni tak pegang darjah 1. Pegang darjah 3 n 5.Campur satu kelas. Maklumla kelas tak cukup. Asmah 2 n 4. Iza 6. Kak uji 1. Esok baru first time nak masuk darjah 1...tak sabar nak tengok muka bebudak yang comel2 tu. Ada sorang very cute....namanya Najihah.Chubby betul,rasa nak cubit pipi dia.

Ni kes takleh tido ni sebenarnya.Takleh la, esok kang tak larat pulak nak bangun. Cancincau.....