Monday, July 18, 2011

berkorban untuk bahagia?

ahad lepas ajak jugak hubby balik kajang, lama xduduk dgn mak.. sedihnya belum sampai rumah mak dia dah tanya nak gerak balik pukul berapa.terpaksa la bagitau pukul 6, jam masa tu dah hampir pukul 5. pikir2, dia nak balikpun da untung sgt.lebih 5 tahun usia perkahwinan, pengalaman harus dijadikan panduan. jenuh kalau dilayan perasaan ni.tak payahla nak merajuk-rajuk, buang masa je.

dugaan hidup menjadikan aku keras hati. kak yana kata bahaya kalau hati da keras. so what should i do? sejak belajar aku bertemu dengan insan pelbagai kisah hidup. dan aku jadi sangat marah bila bertemu insan yang cepat patah semangat.
saat menolong kakak sulungku untuk mengubah hidupnya aku nekad walau terpaksa memandu hingga jauh malam menguruskan keperluannya.terima kasihku pada abah kerana melatih diriku berjiwa kental.juga kepada suami yang memberikan kepercayaan untukku memandu perjalanan yang jauh walaupun seorang diri.kelebihan itu ada hikmahnya di saat tiada siapa yang boleh diharapkan.
sedar tak sedar pengajianku akan tamat tak lama lagi. gembira dalam sedih. gembira kerana penat-lelah dan jerih-perih menuntut ilmu akan berakhir. sedih untuk menamatkan pengajian kerana aku masih dahagakan ilmu. belum tahu sama ada punya rezeki untuk melanjutkannya lagi ke peringkat degree. kewangan harus diambilkira. hubby nak sambung master. dan aku sendiri serba salah sama ada ingin menambah bilangan anak atau tidak. 3 orang rasanya sudah cukup, lelaki dan perempuan lengkap. tapi, bila melihat hubby bahagia mendodoi hanan tidur hati ini jadi sebak. pengalaman mengandung, melahirkan dan berpantang menjadikan aku serik.
tuntutan tugas menjadikan aku serabut di kala ini.semuanya memerlukan komitmen.aku rasa tak berguna kalau tugasan tak dapat disempurnakan. permohonanku untuk mengundurkan diri drpd salah satu tugasku tidak diterima, walaupun sudah ku nyatakan aku hanya ingin membantu tanpa diberikan sebarang komitmen.aku sendiri tak pasti sama ada alasanku untuk berhenti berdasarkan peribadi atau sebaliknya.diluah mati emak, ditelan mati bapak.ingin bahagiakan hati sendiri atau hati orang lain?sampai bila harus berkorban? atau kita memang sentiasa perlu berkorban?