Sunday, July 18, 2010

suka dan duka

pemergian ustaz mohd amin tanggal 7 julai lepas membuatkan kami semua diselubungi kesedihan. panggilan telefon yang jarang diterima daripada sahabat saleha idris benar-benar mengejutkan. waktu itu aku sedang menyiapkan tugasan pejabat.apapun semoga Allah menempatkannya bersama para solehin dan siddiqin.buat isterinya moga kuat semangat demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak..

perjalanan pembelajaranku di KUIS sudah melewati separuh jalan.. berkobar-kobar nak tamatkan dengan secemerlang mungkin..walau laluannya penuh liku, namun kemanisan mujahadah amat dirasai... bersama rakan-rakan yang pelbagai ragam.. kami berkongsi suka duka bersama,masalah-masalah kekeluargaan, masalah di tempat kerja.. seronok rasanya bila dikelilingi sahabat-sahabat sefikrah.. nasihatku kepada sesiapa sahaja, buatlah baik dengan semua...insyaAllah kesannya akan dirasa bila kita ditimpa kesusahan..bantuan datang tanpa diduga.. dan yang paling penting, ikhlaskan niat kerana Allah...

halangan demi halangan menjadikan kita dewasa dalam pemikiran dan tindakan... alhamdulillah, sejak berhijrah hidup kami turut berubah dan meningkat ke satu lagi tahap..kalau dulu hanya pentingkan diri, hantar anak2 dari pagi sampai ptg.. dok umah study dan siapkan assignment hingga tiba masa ambil muhammad dari tadika.. kemudian beli nasi bungkus dan pergi sekolah. wahaha... la ni tak boleh dah.. setiap hari masak untuk anak2. walaupun tak sesedap mana, tapi yg penting berkhasiat dan datang dari air tangan sendiri... bila ada masalah dah takleh bergantung ngan mama.. selesai sendiri..

esok akan bermula rutin harian seperti biasa.. jadual yang sgt ketat.. silap atau terlupa susunan kerja, jenuh nak cover..need to rest now.. penat sungguh rasanya.. perlukan ketenangan, tenaga dan semangat baru untuk memulakan hari esok..