Friday, March 30, 2012

HAMPIR SETAHUN RUPANYA.....

Hampir setahun rupanya tak menulis dalam blog nih... Kesibukan yang menyebabkan aku sendiri tak tau cerita menarik di tv bila kawan cerita sesama mereka, kesibukan yang menyebabkan aku tak tau cerita kenaikan gaji yang dipaparkan di tv dan suratkhabar, kesibukan yang menyebabkan aku tak sedar anak-anak dah semakin besar dan macam-macam kerenah...hahaha..xtau la samada sibuk atau aku sememangnya tak ambil peduli semua tu..

tempoh praktikumku dah hampir tamat...4 weeks to go... alhamdulillah kami berjaya mengharunginya... kasihan pada kawan2 yg ketinggalan, macam-macam perkara yang kita tak jangka... kesilapan kecil boleh mengubah hidup kita...

semalam bincang ngan hubby, setiap kali mula drive pagi sabtu untuk ke kuliah terasa diri diberkati bila mengenangkan malaikat mendoakan mereka yang menuntut ilmu... sambil mendengar tazkirah daripada prof muhaya dan ramai lagi di radio ikim...yang penting niat kene ikhlas... setiap sen dan minit yang digunakan untuk belajar itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya... kepada kwn2 yang sedang atau berhasrat menyambung pengajian, dinasihatkan agar manfaatkan peluang itu sebaiknya..banyakkan bertanya dengan pensyarah bila tak faham, aku sendiri walaupun mendapat keputusan peperiksaan agak memuaskan tapi masih banyak perkara yang tidak ku lakukan sebaiknya... masih banyak persoalan walaupun dah tamat sesi pengajian... aku sedar yang aku masih perlu meneruskan usaha untuk menuntut ilmu... kerana makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..

hidup ini bagaikan harus memilih persimpangan mana untuk dilalui setiap kali timbul konflik,...apa yang harus diperkatakan, apa keputusan terbaik, siapa yang harus terlibat, apa kesannya...everything is (??????)..

tabiat suka bertanya ni agaknya menurun kepada anak2... sampai kdg2 tak terjawab soalan diorang..kami akan berpandangan sesama sendiri bila muhammad mula bersuara.. mak abah, muhammad ada satu soalan ....(waaa)...satu perkara lagi yang ku sedari bila aisyah yang berumur 4 tahun selalu bertanya... mak ni warna apa? mak nak makan apa? mak balik pukul berapa? mak masak apa? siapa nak ambik kitorang balik sekolah nanti? kita nak pergi mana? bila kita nak balik kg? yg paling best bila kami mula menitikberatkan makanan berlogo halal kepada anak-anak..dan satu hari kami merancang makan di luar, khadijah langsung memberi cadangan makan di kfc, kami menyanggah kerana mahu makan nasi di restoran biasa... dan soalan killer dia ialah.... KEDAI YANG KITA NAK MAKAN TU ADA TANDA HALAL MCM KFC KE?.....