Monday, June 22, 2015
menunggu masa.........
edd 2/7 khamis minggu depan. check up terakhir dengan pakar o&g hospital banting bgtau kene warded pada 1/7. sebab apa? hmm, tu yang xbest. dr x bgtau pun. xleh la gitu. patient ada hak utk tahu rawatan lanjut yang dr plan betul tak? lagi2 ni cerita ttg bersalin. at least bolehla mentally prepared. esok rutin check di klinik kesihatan bandar nk tanya misi betul2, kenapa kene warded awal dan apa laporan yang dr tulis dalam buku merah tu. kita memang xpaham bahasa perubatan.
walaupun mula2 dulu berharap bersalin awal dari due date tapi skrg dah nak masuk 39 mggu, rasanya macam pasrah je. bagusnya ialah GBS xeffect baby. sebab kalau effect mgkin dah bersalin awal.cuma badan dah makin berat dan baju banyak dah xmuat. nak minta en hubby belikan baju pun xsampai hati. tinggal 2 mggu je lagi. makanya setiap hari ke sekolah pakai baju yang hampir sama..ada lah dalam 3 pasang je lagi yang mmg longgar sikit. baju lain semua dah sendat.. hish, teruk betul, kene kurus balik lps bersalin ni.
sejak 2 hari ni simptom hipertiroid dah nmpk ada balik. tadi bgtau en hubby esok nak berehat xnak masak hidangan buka puasa. dah dua hari ni masuk dapur sampai menitik nitik peluh. rasa macam nak demampun ada. sesekali jantung laju.
setiap malam susah nak tidur. tapi xboleh dilayankan sangat. pagi esok kene bangun awal siapkan sahur. baru nk masuk hari ke6 puasa dah jadi xtau nak masak apa. en hubby dan anak2 xmakan lauk sgt. lagi2 seafood. jadi menunya hanya ikan kembung dan ayam. nak beli daging en hubby xbagi sebab xpandai potong nnt liat.
seronok kan kalau pandai masak. suamipun makin sayang. huhu.... apa nak jadi ngan ema ni.. bila ntah nak jadi pandai masak... cuti pantang insyaAllah 3 bulan.. ha, duduklah rumah puas2.
Sunday, June 21, 2015
bakal bertujuh
Hari ni tanggal 4 Ramadhan 1435H bersamaan 21 Jun 2015. Beberapa hari lagi bakal menggendong seorang lagi anak. Moga Allah mudahkan.dikesan meghidapi hipertiroid menyebabkan aku risau bagaimana bersalin nanti. Dr di Klinik dan hospital kerajaan kadangkala tidak memberi penerangan yang jelas.
Monday, May 13, 2013
tarikh hari ini ialah 13 Mei 2013. apa yang telah berlaku dlm setahun ini? hmmm.. now sedang preggy about 23 weeks, aisyah 5 thn di PASTI As-Salam Kg Bandar, baru tadi register dia utk drjh 1 thn 2015, khadijah afifah sedang dlm drjh 1, sgt cepat catch up dalam pelajaran, muhammad al amin sedang drjh 3, still strugling mengapal sifir, satu kemahiran yg kami terlepas pandang untuk train dia sampai dia kene denda ketuk ketampi di sekolah gara2 hapal sifir 8.. hubby sedang bertenet seperti selalu, sambil menggodek dan membina website tempahan pelanggan, sambil2 tu dia nonton movie juga.. diriku sekarang ni adalah guru tasmik 4 nafi' di mana anak didikku banin belaka dan hubby 4 ibnu kathir banat semuanya... kelakar pulak, tapi itulah hakikatnya..
semalam baru je celebrate hari ibu dan ayah skali utk mak dan abah... hasil idea along. alhamdulillah walaupun tak semua dapat join tapi seronok dapat berkumpul. abg azman suruh aku blajaq lagi... ghoyak ke hubby memang la tgh plan tapi xjumpa lagi kursus yang bersesuaian, lagu mana nak apply...
pesta buku yang lepas, anak murid bg banyak buku. tak sangka diorang betul2 belikan. syakrin, luqman sabri, huzaifah, iman dan firdaus. tak lupa jugak aqil dan harith. siap tanya ustazah da baca buku tu? hihi, malunya sebab masih tak berkesempatan nak mengadap... bukak tu dah la tapi mood nk duduk baca dan konsentrasi sepenuhnya tu belum boleh lagi.. tak tahu la bila.. skrg musim periksa byk jgk kejenya.. tadi dan esok settle semua paper, lepas tu kene la mula menanda secepat mungkin. kalau boleh jgn sampai lajak ke cuti nnt...
ok for now.. got to go, sat lagi maghrib
Tuesday, May 22, 2012
Minggu ni rasanya lelah sangat... fizikal dan mental... seharian bekerja... beban keje yg xpernah abis... balik umah barang bersepah, nak angkat kain, buat minum petang, lepas maghrib hidang makan malam, semua untuk dunia... untuk akhirat...???? tuntutan untuk menjadi isteri solehah rasanya terlalu berat bila diri dituntut untuk melakukan semua perkara...
macam mana nak jadi wanita sempurna? lemah lembut, cantik, pandai masak, pandai kemas umah, pandai jahit,pandai cari duit, bijak, berdikari, ibu mithali.....kdg2 rasa nak jd invisible... boleh tak?
Tuesday, May 1, 2012
Rindunyer....
Rindunya berkejar bgn pagi dan bersiap gi kelas... rindunya pilih parking yg paling dekat ngan kelas...rindunya jln cepat2 dgn harapan lecturer lum masuk kelas... rindunya dengar syarahan lecturer.. rindunya jumpa kwn2 dan kongsi cerita... rindunya pakat2 nak makan kat mana dan naik kete sape... RINDU SERINDU-RINDUNYA... life as a student...
Praktikum tamat pada 27 April 2012... ustaz mazlail student TASL muncul guru pelatih terbaik daerah Kuala Langat.. bangga jgk sebab rakan sekelas.. and he deserves it.. arab dia mmg power sbb lepasan pondok dan orgnya memang tawadhuk..
Tadi hubby bg cadangan suh smbg degree bidang TESL... aku jadik tergamam... ok je tapi mempelajari bhs Arab membuatkan aku lebih rasa dekat ngan Quran... xtau la... tgh survey jgk peluang study walaupun rasa mcm "apa ke he..nyer" aku ada diploma Tahfiz dan diploma TASL smbg pulak degree TESL... boleh ke tak boleh?...klu ckp ngan hubby mesti dia jwb..."apsal takleh pulak?"... membuatkan aku terdiam lagi...
Friday, March 30, 2012
HAMPIR SETAHUN RUPANYA.....
Hampir setahun rupanya tak menulis dalam blog nih... Kesibukan yang menyebabkan aku sendiri tak tau cerita menarik di tv bila kawan cerita sesama mereka, kesibukan yang menyebabkan aku tak tau cerita kenaikan gaji yang dipaparkan di tv dan suratkhabar, kesibukan yang menyebabkan aku tak sedar anak-anak dah semakin besar dan macam-macam kerenah...hahaha..xtau la samada sibuk atau aku sememangnya tak ambil peduli semua tu..
tempoh praktikumku dah hampir tamat...4 weeks to go... alhamdulillah kami berjaya mengharunginya... kasihan pada kawan2 yg ketinggalan, macam-macam perkara yang kita tak jangka... kesilapan kecil boleh mengubah hidup kita...
semalam bincang ngan hubby, setiap kali mula drive pagi sabtu untuk ke kuliah terasa diri diberkati bila mengenangkan malaikat mendoakan mereka yang menuntut ilmu... sambil mendengar tazkirah daripada prof muhaya dan ramai lagi di radio ikim...yang penting niat kene ikhlas... setiap sen dan minit yang digunakan untuk belajar itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya... kepada kwn2 yang sedang atau berhasrat menyambung pengajian, dinasihatkan agar manfaatkan peluang itu sebaiknya..banyakkan bertanya dengan pensyarah bila tak faham, aku sendiri walaupun mendapat keputusan peperiksaan agak memuaskan tapi masih banyak perkara yang tidak ku lakukan sebaiknya... masih banyak persoalan walaupun dah tamat sesi pengajian... aku sedar yang aku masih perlu meneruskan usaha untuk menuntut ilmu... kerana makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..
hidup ini bagaikan harus memilih persimpangan mana untuk dilalui setiap kali timbul konflik,...apa yang harus diperkatakan, apa keputusan terbaik, siapa yang harus terlibat, apa kesannya...everything is (??????)..
tabiat suka bertanya ni agaknya menurun kepada anak2... sampai kdg2 tak terjawab soalan diorang..kami akan berpandangan sesama sendiri bila muhammad mula bersuara.. mak abah, muhammad ada satu soalan ....(waaa)...satu perkara lagi yang ku sedari bila aisyah yang berumur 4 tahun selalu bertanya... mak ni warna apa? mak nak makan apa? mak balik pukul berapa? mak masak apa? siapa nak ambik kitorang balik sekolah nanti? kita nak pergi mana? bila kita nak balik kg? yg paling best bila kami mula menitikberatkan makanan berlogo halal kepada anak-anak..dan satu hari kami merancang makan di luar, khadijah langsung memberi cadangan makan di kfc, kami menyanggah kerana mahu makan nasi di restoran biasa... dan soalan killer dia ialah.... KEDAI YANG KITA NAK MAKAN TU ADA TANDA HALAL MCM KFC KE?.....

Monday, July 18, 2011
berkorban untuk bahagia?
ahad lepas ajak jugak hubby balik kajang, lama xduduk dgn mak.. sedihnya belum sampai rumah mak dia dah tanya nak gerak balik pukul berapa.terpaksa la bagitau pukul 6, jam masa tu dah hampir pukul 5. pikir2, dia nak balikpun da untung sgt.lebih 5 tahun usia perkahwinan, pengalaman harus dijadikan panduan. jenuh kalau dilayan perasaan ni.tak payahla nak merajuk-rajuk, buang masa je.
dugaan hidup menjadikan aku keras hati. kak yana kata bahaya kalau hati da keras. so what should i do? sejak belajar aku bertemu dengan insan pelbagai kisah hidup. dan aku jadi sangat marah bila bertemu insan yang cepat patah semangat.
saat menolong kakak sulungku untuk mengubah hidupnya aku nekad walau terpaksa memandu hingga jauh malam menguruskan keperluannya.terima kasihku pada abah kerana melatih diriku berjiwa kental.juga kepada suami yang memberikan kepercayaan untukku memandu perjalanan yang jauh walaupun seorang diri.kelebihan itu ada hikmahnya di saat tiada siapa yang boleh diharapkan.
sedar tak sedar pengajianku akan tamat tak lama lagi. gembira dalam sedih. gembira kerana penat-lelah dan jerih-perih menuntut ilmu akan berakhir. sedih untuk menamatkan pengajian kerana aku masih dahagakan ilmu. belum tahu sama ada punya rezeki untuk melanjutkannya lagi ke peringkat degree. kewangan harus diambilkira. hubby nak sambung master. dan aku sendiri serba salah sama ada ingin menambah bilangan anak atau tidak. 3 orang rasanya sudah cukup, lelaki dan perempuan lengkap. tapi, bila melihat hubby bahagia mendodoi hanan tidur hati ini jadi sebak. pengalaman mengandung, melahirkan dan berpantang menjadikan aku serik.
tuntutan tugas menjadikan aku serabut di kala ini.semuanya memerlukan komitmen.aku rasa tak berguna kalau tugasan tak dapat disempurnakan. permohonanku untuk mengundurkan diri drpd salah satu tugasku tidak diterima, walaupun sudah ku nyatakan aku hanya ingin membantu tanpa diberikan sebarang komitmen.aku sendiri tak pasti sama ada alasanku untuk berhenti berdasarkan peribadi atau sebaliknya.diluah mati emak, ditelan mati bapak.ingin bahagiakan hati sendiri atau hati orang lain?sampai bila harus berkorban? atau kita memang sentiasa perlu berkorban?

Subscribe to:
Posts (Atom)