Friday, March 16, 2007

Berkorban atau terkorban

Rabu n Khamis lepas jaga taska kak zu. Dia mintak jaga terus, tapi buat alasan tak larat. Gila woo, pas subuh, terus gerak kul 6.45, walaupun cuma jalan kaki sebab selang satu jalan, tapi seram. Sunyi sepi. Sampai2 kene masak (walaupun tak pandai masak, hahaha)....jaga budak sampai kul 12.30 tgh. Balik umah, nak kene gi skolah lak petang. Balik skolah, ngajar dak ngaji lagi....haaa, mau pensan!

Jaga dua hari tupun sebab tgh school break, kalau hari skolah memang tak sanggup. Apa yang paling penting ialah tak sanggup nak tinggalkan anak dari pagi sampai lewat petang. Nak dijadikan citer muhammad tgh demam lak, kalau keje taska confirm takleh cuti. Cakap ngan hubby, $$$$ leh cari, tapi masa ngan anak? Skolah lak, kekadang GB antar kursus ke, seminar ke, satu masalah lagi nak cuti.

Elok2 keje cuti skolah leh cuti, jaga taska takleh le nak bersuka ria.

Kak zu suruh letak anak skali le kalau jadi keje kat situ. Bitau dia takpe la, Muhammad dah selesa kat taska dia skang...tambahan lak confident ngan kak pah pengusaha taska Arisa tu. Makan minum semua ok. Nampak pengurusan teratur.

Khadijah lak duduk ngan alang. Mau ngamuk dia karang. Sedangkan hari tu kaki goutpun dia suh antar gak adik. Sunyi dia, takde sape nak diajak berborak. Tu sebab nape hubby suh antar Khadijah kat alang.
Sebenarnya takleh nak salahkan kak zu. Walaupun dia memang berpengalaman, dah ada taska di damansara tapi Taska Maa'wa tu baru tahun ni beroperasi. Pengasuhnye silih berganti. Ada je yang tak kene.

Tapi takkan kita nak selesaikan masalah orang sampai nak korbankan diri sendiri? Kalau diri sendiri je takpe lagi, dua hari nipun cukupla, anak2 tak terurus. Nasib baik dapat suami sporting. Tapi takleh le amik kesempatan. Jadi untuk kemaslahatan kami sekeluarga, maaf kak zu, saya tak dapat tolong akak.

No comments: