Monday, April 30, 2007

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah!Maha Suci Allah!

Baru-baru ni hubby keluar 3 hari. Dalam tempoh tu, cuma ada RM60 kat tangan. Tepon lak dah kene block. Tu tak bayar nye pasal le tu. Padahal sebulan baru RM53.
3 hari tu jugak la tido umah alang...sebenarnya nak tido malam pertama je...tapi sebab nak jaga hati, stay la sampai hari ahad. Bukan apa, Khadijah biasa ngan alang. Ingatkan dok umah tu save le budget...tup2 alang ajak gi KKB...ada je halnye.
Hari Sabtu gi KKB sebab alang nak gunting rambut.Risau dah dalam hati. Alang nak gi gunting kat cine. Dalam hati doa le bebanyak. Ye la, rambut kita ni haram dilihat oleh orang kafir, sedangkan muslim fasiqpun takleh.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Cine tu kuar la pulak.Lega....
Esoknya, alang sakit badan. Alang kata, kalau sakit camtu, ada orang nak meninggal. Mulanya tak caya. Esoknya, memang betul, nenek syasya meninggal. Wallahu a'lam. Mungkin kebetulan, mungkin juga alang di antara orang yang terpilih.
Apapun Allah Maha Berkuasa!!!makhluk tidak akan mampu mengangkat walau satu jari melainkan dengan izin Allah...

Dah alang sakit badan tu bawak le pegi berurut.KKB juge. Udahnya minyak kete luak. Isi la RM20, sebab pagi Isnin Muhammad ada appoinment kat HKKB. Pas subuh dah kene gerak, nak berebut nombor gilran le tu. Alhamdulillah dapat awal. Kul 9 dah settle.
Dah sampai Isnin tu dah lega la. Berangan gaji dah masuk. Hubbypun balik malam kang.
Susu adik abih lak.Last2 sampai ke malam pitih tinggal RM3. Gaji tak masuk lagi. Ish, pelik...Beli le nasik lemak. Habih...

Sebenarnya takdir Allah tu mengandungi seribu hikmah. Kalau nak dipikir, sesapepun akan marah kalau ditinggalkan dengan duit dgn jumlah tu. Tepon lak takleh call out. Tapi kalau dilihat dari perspektif berbeza, alhamdulillah, bila berlapar, ingat pada orang susah, bila takleh call hubby, ngadu ngan Allah.

Terpulang pada diri sendiri...kita pilih sama ada untuk jadikan hidup ini bahagia atau tidak.

No comments: