Tuesday, June 15, 2010

accident....!

sabtu 5hb yg lepas accident di bulatan nilai masa on the way nak g kuliah... kereta terbabas dan akhirnya langgar divider.. mujur tak cedera dan tak langgar kereta lain... alhamdulillah Allah hantar bantuan... macam tak percaya ada insan yang sudi menghulurkan bantuan... satu demi satu kereta berhenti bertanyakan keadaan.. semuanya lelaki... yang geramnya dua buah kereta peronda polis lalu.. tapi takdepun yang berhenti bertanyakan khabar.. terima kasih yang teramat kepada saudara salehin dari bukit mahkota dan saudara ariffin yang bersama-sama menunggu hingga trak tunda sampai dan bawak ke bengkel di cempaka. atas nasihat saudara salehin dan kawan2, niat untuk tetap datang kuliah dibatalkan dan hubby terus bawak g wat check up.. takut ada kecederaan atau pendarahan dalaman...
seharian jadi tak tentu arah..rasa nak menyorok bawah katil, dalam almari... hubby suruh rehat dan tidur tapi kepala asyik terbayang kejadian kemalangan tu... hampir sejam kelip-kelip mata baru boleh lena... sejak hubby ambik dari bengkel asyik nangis je... tersentak jadinya.. dah la lagi dua hari nak gi BIG.. hubby tanya nak pergi jugak ke? terpaksa la.. kalau tak nanti2 kena pergi jugak...
masa di kem pun tak semangat je rasanya.. pikir nak tamatkan program, join semua aktiviti dan cuba stabilkan semula emosi.. mujur tak dilantik pegang apa-apa jawatan.
masa aktiviti flying fox ingatnye dah cukup berani.. alamak, jerit jugak.. malu je. dulu dah pernah naik masa kem kat batang kali... kata jurulatihnya.. ingat murid je teriak, ustazahnya teriak jugak... kikiki... malu sungguh..
seronok tengok gelagat kawan2 masa aktiviti... macam-macam gaya.. aktiviti pertama yang kitorang ikut ialah night walk.. komandan kata biasanya diorang wat mula pukul 12 malam.. hi..seramnya.. tapi untuk kami malam tu mula lebih kurang pukul 9... sian jugak sebab ada kumpulan yang sesat sebab tak ikut arahan... cuak peserta lain bila dengar... alhamdulillah masa time kitorang dia bagi jalan berempat skali siap ada ustaz dan seorang fasi untuk iring.. kumpulan yang mula2 jalan berdua je..
esoknya hari kedua kesemua peserta dibahagi kepada 4 kumpulan, bergilir-gilir ikut aktiviti.. kumpulan kami.. kena basikal dulu.. yahoonya bukan main.. maklum la da lama tak naik basikal sejak zaman sekolah dulu.. jengjengjeng.. rupanya jalan tarnya tak rata, naik bukit sikit.. basikal yang tak sesuai untuk aktiviti (itu kata jurulatihnya), jenuh pusing kebun kelapa sawit dan bendang..dekat 30km, kak yana sampai nak pengsan.. kak hasmariza jatuh basikal.. ada seorang ustazah terbabas hampir masuk longkang, macam-macam...,
petangnya flyng fox.. sabor je bila masing2 menggigil naik menara.. ustaz2 jerit dari bawah "woi wasiat siap2!" kak ina pulak "ingat abe je kat atas tuh" ... saja nyakat masing2.. jurulatihnya pun sama.. siapa yang nampak takut semacam je lagi kuat la diorang sakat..sampai abis 4 hari di kem badan kami masih sakit-sakit... tidurnya dalam khemah beralaskan beg.. hari ketiga jungle trekking sebelah pagi dan aktiviti air sebelah petang.. haha.. siapa yang tak bawak bekalan ayor masa jungle trekking memang azab la... walaupun laluannye tak jauh mana.. tapi sebab stamina kurang. semput jugak.. dengan kak su yang tak boleh lari sangat sebab ada masalah kesihatan... kumpulan kami berjaya tamatkan tugasan dalam masa 36 minit. ok la tu.. kumpulan terpantas 30 minit dan tercorot 50 minit..
aktiviti air memang enjoy la sebab itu aktiviti terakhir dan kitorang tak kisah nak kotorkan baju masuk lumpur... sebelum abis jurulatih pesan.. "nanti tolong basuh kayak ye.." aduh, ..nak buat camana, sebab kitorang kumpulan terakhir yang guna.. berat woo.. nak tak nak gagahkan jugak angkat dari kolam bawak ke khemah depan, pastu angkut lagi bawak ke stor... aduh.. dugaan dugaan...
balik dari kem tak terus ke batang kali.. balik banting basuh baju.. banyaknya sampai buat ampaian dalam umah... yang harunya bangun pagi tu.. cam bengong2 sket.. tengok luar, alamak, da lewat ni.. pagi ni aktiviti apa.. ala, jangan2 da ketinggalan.. ha, itu la dia penangan BIG..
minggu tu walaupun dekan bagi cuti tapi me myself tetap pergi kuliah.. yang lain memang gunakan peluang tu untuk berehat, ada jugak yang sampai demam2..
oklah.. itulah serba sedikit pengalaman... apapun ingat Allah sentiasa....

No comments: