Friday, March 30, 2012

HAMPIR SETAHUN RUPANYA.....

Hampir setahun rupanya tak menulis dalam blog nih... Kesibukan yang menyebabkan aku sendiri tak tau cerita menarik di tv bila kawan cerita sesama mereka, kesibukan yang menyebabkan aku tak tau cerita kenaikan gaji yang dipaparkan di tv dan suratkhabar, kesibukan yang menyebabkan aku tak sedar anak-anak dah semakin besar dan macam-macam kerenah...hahaha..xtau la samada sibuk atau aku sememangnya tak ambil peduli semua tu..

tempoh praktikumku dah hampir tamat...4 weeks to go... alhamdulillah kami berjaya mengharunginya... kasihan pada kawan2 yg ketinggalan, macam-macam perkara yang kita tak jangka... kesilapan kecil boleh mengubah hidup kita...

semalam bincang ngan hubby, setiap kali mula drive pagi sabtu untuk ke kuliah terasa diri diberkati bila mengenangkan malaikat mendoakan mereka yang menuntut ilmu... sambil mendengar tazkirah daripada prof muhaya dan ramai lagi di radio ikim...yang penting niat kene ikhlas... setiap sen dan minit yang digunakan untuk belajar itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya... kepada kwn2 yang sedang atau berhasrat menyambung pengajian, dinasihatkan agar manfaatkan peluang itu sebaiknya..banyakkan bertanya dengan pensyarah bila tak faham, aku sendiri walaupun mendapat keputusan peperiksaan agak memuaskan tapi masih banyak perkara yang tidak ku lakukan sebaiknya... masih banyak persoalan walaupun dah tamat sesi pengajian... aku sedar yang aku masih perlu meneruskan usaha untuk menuntut ilmu... kerana makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..

hidup ini bagaikan harus memilih persimpangan mana untuk dilalui setiap kali timbul konflik,...apa yang harus diperkatakan, apa keputusan terbaik, siapa yang harus terlibat, apa kesannya...everything is (??????)..

tabiat suka bertanya ni agaknya menurun kepada anak2... sampai kdg2 tak terjawab soalan diorang..kami akan berpandangan sesama sendiri bila muhammad mula bersuara.. mak abah, muhammad ada satu soalan ....(waaa)...satu perkara lagi yang ku sedari bila aisyah yang berumur 4 tahun selalu bertanya... mak ni warna apa? mak nak makan apa? mak balik pukul berapa? mak masak apa? siapa nak ambik kitorang balik sekolah nanti? kita nak pergi mana? bila kita nak balik kg? yg paling best bila kami mula menitikberatkan makanan berlogo halal kepada anak-anak..dan satu hari kami merancang makan di luar, khadijah langsung memberi cadangan makan di kfc, kami menyanggah kerana mahu makan nasi di restoran biasa... dan soalan killer dia ialah.... KEDAI YANG KITA NAK MAKAN TU ADA TANDA HALAL MCM KFC KE?.....

Monday, July 18, 2011

berkorban untuk bahagia?

ahad lepas ajak jugak hubby balik kajang, lama xduduk dgn mak.. sedihnya belum sampai rumah mak dia dah tanya nak gerak balik pukul berapa.terpaksa la bagitau pukul 6, jam masa tu dah hampir pukul 5. pikir2, dia nak balikpun da untung sgt.lebih 5 tahun usia perkahwinan, pengalaman harus dijadikan panduan. jenuh kalau dilayan perasaan ni.tak payahla nak merajuk-rajuk, buang masa je.

dugaan hidup menjadikan aku keras hati. kak yana kata bahaya kalau hati da keras. so what should i do? sejak belajar aku bertemu dengan insan pelbagai kisah hidup. dan aku jadi sangat marah bila bertemu insan yang cepat patah semangat.
saat menolong kakak sulungku untuk mengubah hidupnya aku nekad walau terpaksa memandu hingga jauh malam menguruskan keperluannya.terima kasihku pada abah kerana melatih diriku berjiwa kental.juga kepada suami yang memberikan kepercayaan untukku memandu perjalanan yang jauh walaupun seorang diri.kelebihan itu ada hikmahnya di saat tiada siapa yang boleh diharapkan.
sedar tak sedar pengajianku akan tamat tak lama lagi. gembira dalam sedih. gembira kerana penat-lelah dan jerih-perih menuntut ilmu akan berakhir. sedih untuk menamatkan pengajian kerana aku masih dahagakan ilmu. belum tahu sama ada punya rezeki untuk melanjutkannya lagi ke peringkat degree. kewangan harus diambilkira. hubby nak sambung master. dan aku sendiri serba salah sama ada ingin menambah bilangan anak atau tidak. 3 orang rasanya sudah cukup, lelaki dan perempuan lengkap. tapi, bila melihat hubby bahagia mendodoi hanan tidur hati ini jadi sebak. pengalaman mengandung, melahirkan dan berpantang menjadikan aku serik.
tuntutan tugas menjadikan aku serabut di kala ini.semuanya memerlukan komitmen.aku rasa tak berguna kalau tugasan tak dapat disempurnakan. permohonanku untuk mengundurkan diri drpd salah satu tugasku tidak diterima, walaupun sudah ku nyatakan aku hanya ingin membantu tanpa diberikan sebarang komitmen.aku sendiri tak pasti sama ada alasanku untuk berhenti berdasarkan peribadi atau sebaliknya.diluah mati emak, ditelan mati bapak.ingin bahagiakan hati sendiri atau hati orang lain?sampai bila harus berkorban? atau kita memang sentiasa perlu berkorban?

Sunday, January 16, 2011

Thursday, December 16, 2010

kerja harus disusun ye....

semalam baru saja berbengkel dengan Ustazah Muinah tentang pengurusan kurikulum dan panitia di sra banting.. memang kerja kita banyak tapi kalau disusun insyaAllah semuanya bisa diatur... masalah yang terjadi adalah disebabkan kita tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut... urusan panitia terutamanya di sekolah yang bilangan pelajarnya sedikit rasanya tidak sesukar sekolah besar. azam kami untuk membuat kerja dengan lebih teratur dan sistematik agar pengurusan sekolah berjalan lancar tahun hadapan. namun seperti kata Ustazah Muinah, macam MLM, kalau tiada sokongan dari bawah, bagaimana orang di atas boleh berdiri teguh...

rentetan daripada rungutan Ustaz Mansor tentang proses penerimaan yuran, kak Pidah telah menggunakankan pengalamannya mentadbir di sekolah lama agar guru-guru dapat menguruskan kutipan yuran dengan lancar. sesungguhnya memang sukar untuk menguruskan sesuatu organisasi seandainya wujud pemikiran negatif. itu tak boleh, ini mustahil... hampir saja diri ini mengundurkan diri kerana tidak tahan berhadapan masalah individu-individu negatif ini... namun, bila difikirkan kembali, individu seperti mereka ini ada di mana saja.. Hanya pada Allah tempatku mengadu berlandaskan niat mendidik anak-anak Islam dan melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

semester ini sudah hampir penghujungnya.. kerja SU yang masih haru-biru, assignmnet yang separuh jalan, pendidikan anak-anak yang belum berjaya dilaksanakan seperti dirancang.. aduh.. prioriti..prioriti...kekangan kewangan adakalanya membataskan tindakan... takpe, itu tak boleh dijadikan alasan.. manusia yang gagal sentiasa mencari alasan... cari penyelesaian, bukan alasan...

Sunday, July 18, 2010

suka dan duka

pemergian ustaz mohd amin tanggal 7 julai lepas membuatkan kami semua diselubungi kesedihan. panggilan telefon yang jarang diterima daripada sahabat saleha idris benar-benar mengejutkan. waktu itu aku sedang menyiapkan tugasan pejabat.apapun semoga Allah menempatkannya bersama para solehin dan siddiqin.buat isterinya moga kuat semangat demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak..

perjalanan pembelajaranku di KUIS sudah melewati separuh jalan.. berkobar-kobar nak tamatkan dengan secemerlang mungkin..walau laluannya penuh liku, namun kemanisan mujahadah amat dirasai... bersama rakan-rakan yang pelbagai ragam.. kami berkongsi suka duka bersama,masalah-masalah kekeluargaan, masalah di tempat kerja.. seronok rasanya bila dikelilingi sahabat-sahabat sefikrah.. nasihatku kepada sesiapa sahaja, buatlah baik dengan semua...insyaAllah kesannya akan dirasa bila kita ditimpa kesusahan..bantuan datang tanpa diduga.. dan yang paling penting, ikhlaskan niat kerana Allah...

halangan demi halangan menjadikan kita dewasa dalam pemikiran dan tindakan... alhamdulillah, sejak berhijrah hidup kami turut berubah dan meningkat ke satu lagi tahap..kalau dulu hanya pentingkan diri, hantar anak2 dari pagi sampai ptg.. dok umah study dan siapkan assignment hingga tiba masa ambil muhammad dari tadika.. kemudian beli nasi bungkus dan pergi sekolah. wahaha... la ni tak boleh dah.. setiap hari masak untuk anak2. walaupun tak sesedap mana, tapi yg penting berkhasiat dan datang dari air tangan sendiri... bila ada masalah dah takleh bergantung ngan mama.. selesai sendiri..

esok akan bermula rutin harian seperti biasa.. jadual yang sgt ketat.. silap atau terlupa susunan kerja, jenuh nak cover..need to rest now.. penat sungguh rasanya.. perlukan ketenangan, tenaga dan semangat baru untuk memulakan hari esok..

Monday, June 21, 2010

tugas dan tanggungjawab

semalam kak pidah msg.. PAID mintak salinan ic dan surat lantikan baru semua guru dan antar arini. memandangkan kak pidah kursus di de palma shah alam sampai rabu, maka diri ini lah yang kene uruskan.. yang peningnye segala dokumen berterabur sana sini... semuanya gara-gara masa pindah, rumah basah sebab paip sinki bocor.. rak buku abis basah dan rosak.. akhirnya masih ada lebih kurang 5 kotak buku dan fail yang masih belum disusun dan isi kandungannya dah bersepah sana-sini. masalah pengurusan pun iye jugak.. lain PAID lain caranye.. masa baru pindah kak pidah mintak fail peribadi.. bila mintak ngan kak ila, katanya bukak fail baru kat sekolah baru... masalahnya kata orang sini fail peribadi tu dibawa bersama masa pindah.. aduh... banyak lagi yang memeningkan kepala.. masa baru pindah banyak jugak tanya guru-guru lama di sekolah.. bukan apa, walaupun kerja tu dah biasa buat tapi bila pindah sekolah baru ni macam-macam pulak.
tak sabar nak sambung degree dan master terus. hajat untuk menambah ahli keluarga mungkin terpaksa ditangguh atau dilupakan terus.....
pagi tadi habiskan print nota teknologi pendidikan untuk kak yana... bising yan.. "watpe print, fotostat je".. masalahnya bila fotostat banyak slide bergambar yang akan terjejas.. kalau diri sendiripun tak suka dapat nota gelap gelita macam tu.. takpela.. hubbypun tak marah guna printer sesuka hati... thanks hubby!
program usrah masih belum bergerak... susah sungguh nak cari waktu senggang antara kuliah.. nak mengumpulkan ahli satu hal..masa tu lah nak makan tengahari, solat.. nak buat lepas kelas masing-masing dah menderu nak balik.. asalnya masa sem 2 lagi dah bincang ngan kak shida nak pecahkan kumpulan.. lagi sikit lagi senang nak kumpul.. tapi dah masing2 taknak... tengokla, kalau macam ni jugak keadaannya sampai ujung minggu ni, kene separate jugakla... bebanan fikiran ni hanya ditanggung bila kita memegang jawatan... walau kita sendiri taknak, tapi terpaksa bila yang lain semuanya lepas tangan dan agak lambat bergerak...
hubby will be back today from ILDAS, Sabak Bernam... and tomorrow our new car will arrive.. anak2 pun tak sabar tunggu esok... ok, jumpa lagi...

Tuesday, June 15, 2010

accident....!

sabtu 5hb yg lepas accident di bulatan nilai masa on the way nak g kuliah... kereta terbabas dan akhirnya langgar divider.. mujur tak cedera dan tak langgar kereta lain... alhamdulillah Allah hantar bantuan... macam tak percaya ada insan yang sudi menghulurkan bantuan... satu demi satu kereta berhenti bertanyakan keadaan.. semuanya lelaki... yang geramnya dua buah kereta peronda polis lalu.. tapi takdepun yang berhenti bertanyakan khabar.. terima kasih yang teramat kepada saudara salehin dari bukit mahkota dan saudara ariffin yang bersama-sama menunggu hingga trak tunda sampai dan bawak ke bengkel di cempaka. atas nasihat saudara salehin dan kawan2, niat untuk tetap datang kuliah dibatalkan dan hubby terus bawak g wat check up.. takut ada kecederaan atau pendarahan dalaman...
seharian jadi tak tentu arah..rasa nak menyorok bawah katil, dalam almari... hubby suruh rehat dan tidur tapi kepala asyik terbayang kejadian kemalangan tu... hampir sejam kelip-kelip mata baru boleh lena... sejak hubby ambik dari bengkel asyik nangis je... tersentak jadinya.. dah la lagi dua hari nak gi BIG.. hubby tanya nak pergi jugak ke? terpaksa la.. kalau tak nanti2 kena pergi jugak...
masa di kem pun tak semangat je rasanya.. pikir nak tamatkan program, join semua aktiviti dan cuba stabilkan semula emosi.. mujur tak dilantik pegang apa-apa jawatan.
masa aktiviti flying fox ingatnye dah cukup berani.. alamak, jerit jugak.. malu je. dulu dah pernah naik masa kem kat batang kali... kata jurulatihnya.. ingat murid je teriak, ustazahnya teriak jugak... kikiki... malu sungguh..
seronok tengok gelagat kawan2 masa aktiviti... macam-macam gaya.. aktiviti pertama yang kitorang ikut ialah night walk.. komandan kata biasanya diorang wat mula pukul 12 malam.. hi..seramnya.. tapi untuk kami malam tu mula lebih kurang pukul 9... sian jugak sebab ada kumpulan yang sesat sebab tak ikut arahan... cuak peserta lain bila dengar... alhamdulillah masa time kitorang dia bagi jalan berempat skali siap ada ustaz dan seorang fasi untuk iring.. kumpulan yang mula2 jalan berdua je..
esoknya hari kedua kesemua peserta dibahagi kepada 4 kumpulan, bergilir-gilir ikut aktiviti.. kumpulan kami.. kena basikal dulu.. yahoonya bukan main.. maklum la da lama tak naik basikal sejak zaman sekolah dulu.. jengjengjeng.. rupanya jalan tarnya tak rata, naik bukit sikit.. basikal yang tak sesuai untuk aktiviti (itu kata jurulatihnya), jenuh pusing kebun kelapa sawit dan bendang..dekat 30km, kak yana sampai nak pengsan.. kak hasmariza jatuh basikal.. ada seorang ustazah terbabas hampir masuk longkang, macam-macam...,
petangnya flyng fox.. sabor je bila masing2 menggigil naik menara.. ustaz2 jerit dari bawah "woi wasiat siap2!" kak ina pulak "ingat abe je kat atas tuh" ... saja nyakat masing2.. jurulatihnya pun sama.. siapa yang nampak takut semacam je lagi kuat la diorang sakat..sampai abis 4 hari di kem badan kami masih sakit-sakit... tidurnya dalam khemah beralaskan beg.. hari ketiga jungle trekking sebelah pagi dan aktiviti air sebelah petang.. haha.. siapa yang tak bawak bekalan ayor masa jungle trekking memang azab la... walaupun laluannye tak jauh mana.. tapi sebab stamina kurang. semput jugak.. dengan kak su yang tak boleh lari sangat sebab ada masalah kesihatan... kumpulan kami berjaya tamatkan tugasan dalam masa 36 minit. ok la tu.. kumpulan terpantas 30 minit dan tercorot 50 minit..
aktiviti air memang enjoy la sebab itu aktiviti terakhir dan kitorang tak kisah nak kotorkan baju masuk lumpur... sebelum abis jurulatih pesan.. "nanti tolong basuh kayak ye.." aduh, ..nak buat camana, sebab kitorang kumpulan terakhir yang guna.. berat woo.. nak tak nak gagahkan jugak angkat dari kolam bawak ke khemah depan, pastu angkut lagi bawak ke stor... aduh.. dugaan dugaan...
balik dari kem tak terus ke batang kali.. balik banting basuh baju.. banyaknya sampai buat ampaian dalam umah... yang harunya bangun pagi tu.. cam bengong2 sket.. tengok luar, alamak, da lewat ni.. pagi ni aktiviti apa.. ala, jangan2 da ketinggalan.. ha, itu la dia penangan BIG..
minggu tu walaupun dekan bagi cuti tapi me myself tetap pergi kuliah.. yang lain memang gunakan peluang tu untuk berehat, ada jugak yang sampai demam2..
oklah.. itulah serba sedikit pengalaman... apapun ingat Allah sentiasa....