Thursday, March 19, 2009

aduhai Khadijah....

Khadijah Afifah adalah anak kami yang ke-2..Oktober nanti usianya 3 tahun....Hubby tanya, "betul ke ni mak? Ntah-ntah umur dia dah 4 tahun...". "Iye bah, kan dia lahir 2006", jawabku.. Bukan apa, Khadijah adalah seorang anak yang keletah dan pintar.. memang betul kata orang...nak didik anak, didik betul-betul yang sulung... Alhamdulillah, Khadijah banyak terpengaruh dengan abangnya Muhammad.
Selain petah berkata-kata, wajahnya yang iras amoi memang menjadi penyejuk mata kami. Walaupun di peringkat awal, kami merasa jauh dengannya...namun sekarang dia sudah benar-benar menjadi anak kami...
Tempoh awal semasa lahir sehingga usianya mencapai 2 tahun, hidup kami agak susah dan sibuk....Mujur Wan Alangnya sudi menjaga tanpa sebarang bayaran....Cadangan untuk menghantar Khadijah kepada alang sudah dibuat semasa dia masih dalam perut lagi... Ceritanya alang merajuk kerana kami sudah lama tidak singgah di rumahnya... alasannya kami sibuk.namun dia menyanggah..."takkan sibuk setiap hari", katanya. Lalu hubby pun mencadangkan anak yang bakal lahir nanti dihantar kepada Alang. Dengan cara itu kami akan bertemu Alang setiap hari...Walaupun pada awalnya aku tak setuju sebab aku ni cerewet sikit ttg pengasuh....solatnya auratnya akhlaknya...tapi NO CHOICE....EKONOMI MERUDUM...
Akhirnya, hampir 2 tahun Khadijah di bawah jagaan Alang, dia menjadi manja dan spoil kerana....mestilah sebab dimanjakan.... apa yang di minta selalu diikutkan,... hubby mulanya tak perasan...satu hari hubby tegur dan Khadijah menjeling...ha, tu dia...baru la hubby sedar....
Walaupun tempoh dalam pantang(selepas bersalin Aisyah) kene berehat, namun ku gagahi juga menjaga mereka bertiga...Hajat di hati nak pisahkan Alang dan Khadijah....dalam masa 2 bulan tu kami tumpukan penuh untuk mengubah perangai Khadijah...masalah nya cuma 1, Khadijah taknak mendengar kata..tapi disebabkan perangai yang satu itu, makin banyak lagi masalah yang timbul..airmata ni da banyak tumpah...susah...sepanjang penjagaan kadang-kadang sampai 2-3 hari Khadijah di rumah wannya..sebab itu dia lebih ikut sifat wannya..pernah di sekolah aku menangis sebab dah 3 hari tak jumpa Khadijah.
Alhamdulillah, tahun 2009, semua anak kami dihantar ke taska Arisa...(yuran nye $500)hasil perbincangan kami sepakat untuk mendidik Khadijah menjadi lebih berdikari dan berdisiplin...
Hari ini aku terkadang lupa yang Khadijah sudah semakin pintar.. semalam dia mengadu dengan abahnya, muhammad ada beg dengan botol air biru... mak kata nak belikan kakak beg dgn botol air pink....Ya Allah.. nak menangis rasanya...rupa-rupanya masa di Parkson Rawang smlm dia berhajat..dan maknya ini hanya tahu berjanji tanpa berusaha untuk menunaikannya....

No comments: