Sunday, March 22, 2009

mengejar masa

kelas pagi ahad kelmarin, jangkanya nak sampai awal dan sarapan dulu...tapi apakan daya, saat aku meminta izin emak untuk keluar, macam-macam pulak halnya...biasalah mak, jarang berjumpa anak-anak...masa itulah dia nak pesan itu ini...akhirnya aku tiba di KUIS jam 7.40 pagi (walaupun di highway da drive selaju 120km/j)....parking pulak penuh gara-gara ada pertandingan memancing di tasik....selepas berjaya mencari space yang agak sesuai, aku berlari anak la ke kafe arwah Wak Samad..rindu pada lauk-pauknye...terutama tempe dan kentang...emm...sedapnya.. memandangkan ramai orang, maka aku jangkakan lauk-lauk akan habis pabila aku selesai kelas nanti....maka akupun tapau sarapan dan lunch skali...cadangnya nak gi library pas kelas...jadi takyah la jalan gi kafe lagi...abis kelas terus makan...selesai membeli makanan, aku berlari lagi untuk ke kelas...sampai di depan bangunan pentadbiran, seorang wanita telah menghalang laluanku...saiz badannya yang agak besar (tp bukannya gemuk) menyukarkan aku untuk mencilok....aku ke kanan diapun ke kanan...ha..sudah..akupun 'memberi signal ke kiri' dan terus memotong dan memecut...lantas kedengaran suara.."Ima!" aku terus berjalan "Ima!" wanita itu memanggil lagi..nak paling takut tersalah orang...langkah ku setapak kemudian, ku dengar lagi "Ima!" (kali ini agak kuat)... aku menoleh..la kak Su rupanya.. "lajunya" kata kak Su..."Kalau boleh terbang Ema terbang dah".. waktu itu aku memang bergegas untuk ke kelas...dan kalau sempat nak makan dulu dalam kelas...
sebab itu aku sukakan kasut yang rata dan tidak bertumit....senang nak berjalan laju atau berlari bila perlu...mujur tak sakit kaki walaupun ada jugak terasa satu dua urat yang tegang akibat terlebih tekanan....
minggu ni kene siapkan assignment BM dan wat nota dan persediaan untuk next class...hubby kata, "mak tertekan sebab nak dapat 4 flat"....NO NO NO....that's not the point...(walaupun CGPA ku sem lepas 3.99)...
orang perempuan (aku sorang je kot?) memang camni... kalau banyak kerja mula la serabut... hal sekolah(bising da kak ila aku tak siapkan lagi borang harta modal dan inventori)...hal rumah (my lovely mother in-law datang kemas umah...hahaha, malunya)..hal anak-anak (kerja rumah Muhammad tak pernahnya siap) hal keluarga di Kajang(penapis air yang dipesan along masih belum dapat ku hantar) hal ekonomi yang masih gawat,......
senang kata, aku adalah seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang adik, seorang kakak,seorang menantu, seorang pekerja, seorang guru kelas, seorang guru HEM (wa... kursus ujung April ni...)seorang pelajar, seorang kawan bla bla bla........

1 comment:

MamaKaisah said...

tahniah kak ema..mantap tu cgpa 3.99 ..jeles tul..

jumpe lagi bila2 sabtu mendatang yer..