Monday, May 11, 2009

CUTI....BESTNYE...

Alhamdulillah, walau cutinya hanya dua minggu, fizikal dan mental ini benar-benar berehat....secara psikologinya kalau otak kita penat maka badannya akan turut sama penat..
Minggu lepas kursus di PSPJ.....alhamdulillah banyak pengalaman dan pengetahuan baru....
1. drive sendiri ke klang
2. mengenali insan hebat
3. koreksi diri
4. keyakinan diri meningkat

hari ini insyaAllah akan present isi kandungan kursus... memandangkan tiada hand out disediakan oleh penganjur, cuma power point dalam bentuk soft copy, namun demi kelancaran, sebentar lagi aku akan menyediakan serba sedikit maklumat untuk rakan sejawat...moga mereka juga bersemangat seperti aku...kita boleh andai kita fikir kita boleh....laluannya akan nampak terang dan jelas....

semenjak belajar aku menjadi kembali bermotivasi untuk cemerlang....lalu anak didik ku tekankan setiap hari agar mereka juga bermotivasi untuk cemerlang... keajaiban dari Allah...pelajar yang dulunya langsung tidak berminat dengan pelajaran (terutamanya Bahasa Arab yang ku ajar), hari ini berebut untuk duduk di barisan hadapan...dan mereka memahami apa yang ku ajar.. subhanallah... isi kandungan pelajaran yang agak kompleks dan memerlukan teknik, menjadi mudah buat mereka.... mungkin ini kesan dari hati....sejak tahun 2009, aku berniat untuk berubah menjadi guru HEM yang berkawan dengan anak murid... lebih kerap berkomunikasi....kesannya anak murid jadi lebih rapat tanpa adanya 'gap'... pelajar perempuan yang terlupa membawa telekung tanpa segan silu meminta izin untuk meminjam telekungku.... pelajar lelaki berebut untuk membelikan ku makanan apabila banyak kerja perlu disiapkan dan aku tidak sempat untuk ke kantin.... aku juga tidak pernah melihat seseorang pelajar itu gagal..... mungkin keputusan peperiksaannya tak berapa cantik...tapi perjalanan hidupnya masih panjang...apa yang penting aku menyumbang bekal buat perjalanannya nanti..pelajar yang nampaknya cerdik sekalipun belum tentu masa depannya terjamin... semuanya kuasa Allah... Yakinlah dengan kasih sayang Allah... kalau kita kenal Allah, faham qudrat dan iradatnya, hidup akan jadi tenang... bukankah kita hambaNya?

No comments: