Monday, May 25, 2009

sem baru pengalaman baru

baru je masuk sem 2 (kalau ikutnya sem 3 tapi sem pendek tidak dikira)..... alhamdulillah segala penat lelah telah dibayar..... kejayaan meningkatkan motivasi... apa yang penting, kenali potensi diri... kalau tak kenal diri sendiri, its hard to talk about success...

kursus di PSPJ juga dah selesai... kalau ikut dah takde la kursus untuk tahun 2009 ni, unless tetiba PAID panggil, tapi itupun biasanya kursus sehari je, takde la sampai bermalam... kesian Aisyah, last week kursus sampai jumaat, sabtu nya dah gi kelas... takpe, yang penting kualiti bukannya kuantiti...

tadi berkejar hantar sharpener pada muhammad... tak tau kenapa pagi ni dia taknak pergi sekolah.. pandai pulak dia mintak taknak gi tadika..nak gi nurseri terus.. i try to find what's the problem... lepas tu dia mintak bawak pensel warna yang sepatutnya stok untuk dia belajar di rumah.. okla, i said..as long as muhammad simpan lepas guna... siap lekatkan nama biar dia senang kenal.. mungkin ada perkara yang dia tak seronok...pagi tadi hantar, ya Allah, baru sedar, rupanya bila sampai awal ke sekolah, dia dapat bermain dengan kawan... cepat-cepat dia letakkan beg dalam kelas.. then keluar main kat luar... takpe lepas ni boleh la kejut dia awal pagi... but he has to sleep early...masalahnya dia akan ngadap y8 berjam-jam... takpe, that also can be solve... kene disiplin... by 9.30 dah ready to sleep... guling2 ngan khadijah..ok la rasanya, by 10.00 dah tido..

walaupun cuti sekolah akan tiba, me as a mother will make sure diorang spend masa dengan berkualiti... setakat ni dah berjaya buat 3 buku untuk muhammad dan 2 buku untuk khadijah... walaupun in the end khadijah akan menconteng buku tersebut..(wa.. rasa nak nangis).. tapi itu adalah kemahiran dia.. she's only 2 years and 5 months old... practise makes perfect.. sebagai ibu bapa jangan rasa rugi dan kedekut untuk belikan anak buku or whatever yang boleh merangsang minat dan minda mereka...

selamat pengantin baru buat atun... insya Allah kalau takde aral melintang, akak sekeluarga akan datang kenduri atun lepas abis kelas kul 1..... dalam kad kawin dia tulis jamuan makan sampai malam... wa.. bagus-bagus..tau nape sampai malam? ha, ayahnya nak wat lain dari yang lain.. ada ceramah malamnya tu...

ok, i have to stop now... subjek dinamika guru memerlukan usaha dan penumpuan yang tinggi... buku dari library da pinjam... ni nak start mentelaah... JUMPA LAGI...

No comments: